Dengan sekali lafaz, penyanyi era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan, 67, dan pelakon Fadilah Mansor, 54, sah bergelar suami isteri pada majlis ijab kabul yang diadakan malam tadi.
Majlis yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra itu menyaksikan kedua mempelai yang anggun berpakaian sedondon berwarna krim, dinikahkan oleh imam Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur, Ustaz Azizi Abdul Hamid Al-Hafiz.
Pada majlis yang dihadiri kira-kira 500 tetamu itu, Fadilah yang berwalikan abangnya Jamaluddin Mansor menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian serta lima dulang hantaran berbalas lima dulang.
Ketika ditemui pemberita, A. Rahman yang popular dengan lagu 'Tak Mengapa' menzahirkan rasa syukur kerana majlis pernikahannya berjalan lancar dan tenang.
"Ini merupakan satu pencapaian yang baru bermula dalam kehidupan saya dan isteri dan Insya-Allah kami akan melayari bahtera rumah tangga ini dengan sebaik mungkin", katanya.
Antara rakan artis yang hadir menyerikan majlis ialah pelakon Datuk Jalaluddin Hassan, penyanyi Uji Rashid, Hail Amir dan Datuk DJ Dave.
Sebelum ini, Fadilah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah filem veteran, Ahmad Ibrahim atau Mat London dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu.
Sementara A. Rahman pula merupakan bapa tunggal kepada tiga anak termasuk pelakon dan pengarah Khir Rahman, selepas isterinya Datin Azizah Mohamad yang juga penyanyi era 60-an meninggal dunia pada 26 April tahun lepas, akibat kanser.
Bernama
Fri Dec 26 2014
Penyanyi era 60-an, Datuk A Rahman Hassan dan pelakon Datin Fadilah Mansor ketika melangsungkan perkahwinan mereka di Pusat Perdagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur malam tadi. - Foto Bernama
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
A.Rahman Hassan dan Fadilah Mansor sah diijab kabul
Dengan sekali lafaz, penyanyi era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan, 67, dan pelakon Fadilah Mansor, 54, sah bergelar suami isteri pada majlis ijab kabul yang diadakan malam ini.
Ieda Moin, Farah Asyikin antara kes cerai di mahkamah hari ini
Empat kes penceraian dan masalah rumah tangga artis memenuhi Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis.