Meskipun persahabatan mereka sudah mencecah lebih 10 tahun.

Namun ini kali pertama Rachel Evan Wood dan Shia Labeouf digandingkan dalam sebuah filem.

Mereka berlakon bersama dalam kisah cinta thriller, ‘The Necessary Death of Charlie Countrymen’.

Evan menyifatkan Labeouf sebagai pelakon terbaik pernah bekerjasama dengannya.

Malah kedua-duanya sudah lama menantikan peluang ini.

Membina karier menerusi filem blockbuster, Labeouf teruja dengan kunjungan sulungnya ke Festival Filem Sundance untuk mempromosikan filem Indie.

‘The Necessary Death of Charlie Countrymen’ mengisahkan percintaan Charlie lakonan Labeouf dan Gabi lakonan Evan yang terhalang kerana Gabi telah berkahwin dengan seorang lelaki sakit jiwa.

Diarahkan oleh Fredrik Bond turut membintangi filem ini adalah Rupert Grint dan Mads Mikkelsen.