"Ku hinakan diriku sendiri untuk merengkuh cinta sejati. Cintamu bagai cahya mentari yang membakar wajahku.
Meski sekilas kurasakan, namun akan menjadi bekal hingga akhir zaman. Aku juga mencintaimu Tuah."
Masih ingatkah anda dengan dialog dalam adegan kemuncak filem epik Puteri Gunung Ledang (PGL) yang pernah ditayangkan 10 tahun lalu?
Dialog keramat yang dilafazkan oleh Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah lakonan Tiara Jacquelina terus bermain di bibir para peminat filem itu walaupun setelah 10 tahun ia ditayangkan.
Filem arahan Saw Teong Hin dengan skrip nukilan Mamat Khalid itu bakal menemui peminatnya dalam format adunan semula digital definisi tinggi.
"Saya tidak menyangka setelah 10 tahun berlalu, peminat masih berbicara mengenai filem Puteri Gunung Ledang seolah-olah mereka baru menontonnya semalam.
"Projek ini sangat bermakna buat saya dan paling kami banggakan. Kami meletakkan seluruh tenaga dan masa kami untuk melakukan penyelidikan, persiapan, publisiti dan pemasaran untuk filem ini." ulas Tiara.
Filem tersebut akan ditayangkan secara eksklusif di dua panggung iaitu GSC Mid Valley dan GSC Signature The Gardens sempena cuti Hari Kebangsaan ke-57.
Ditayangkan pada 30, 31 Ogos dan 1 September, tiket boleh dibeli secara online di Ticket Hotline www.tickethotline.com.my.
Filem yang merangkul gelaran Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik buat Tiara itu telah merentas samudera mencipta sejarah di litar festival filem antarabangsa antaranya Venice, Bangkok dan Palm Springs.
"PGL telah merubah landskap perfileman tempatan. Sebuah filem yang mampu untuk mewakili Malaysia di arena antarabangsa dan menyatukan rakyat Malaysia pelbagai latarbelakang untuk datang ke panggung menyaksikan filem ini 10 tahun lalu," tambah Tiara lagi.
Selain Tiara, filem itu turut dibintangi M.Nasir, Rahim Razali, Adlin Aman Ramlie, Sofia Jane, Khir Rahman, Sabri Yunus dan Ruminah Sidek.
Pelakon seberang bergred A seperti Christian Hakim, Alex Komang dan Slamet Rahardjo turut terlibat dalam penghasilan filem epik ini.
“Bila sampai waktunya, kita akan bersama. Adinda anggap ini sebagai janji.” – Puteri Gunung Ledang
Muzaffar Mustapa
Wed Aug 27 2014
Sambut ulang tahun ke-10, filem Puteri Gunung Ledang ditayang semula
Biden gesa siasatan bebas berhubung insiden tembakan Trump
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyeru agar rakyat negara itu bersatu susulan cubaan membunuh terhadap Donald Trump.
Pertukaran jawatan: Mohd Yusri ambil alih jawatan Pengarah JSPT Bukit Aman
Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengambil alih jawatan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman baharu hari ini.
Pengawasan pintu masuk negara dengan teknologi AI akan dilaksana 2026
KDN kini sedang giat menaik taraf fasiliti pengawasan pintu masuk negara dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam memperkukuhkan kawalan sempadan negara dan ia dijangka akan dilaksanakan menjelang 2026.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Pernah dilabel 'liabiliti, OKU juga punya impian
Dalam pada itu, Penolong Setiausaha Spinal Muscular Atrophy Malaysia (SMAM), Miza Marsya Roslan, berkongsi sebagai individu yang mempunyai kekurangan upaya, beliau pernah dilabel sebagai 'liabiliti' hampir setiap kali memohon pekerjaan.
Baginya, individu OKU ini bukan tidak boleh untuk bekerja, kerana mempunyai tahap akademik, dan pengalaman yang berbeza-beza sama seperti orang lain.
Baginya, individu OKU ini bukan tidak boleh untuk bekerja, kerana mempunyai tahap akademik, dan pengalaman yang berbeza-beza sama seperti orang lain.
Diskriminasi peluang OKU dapat pekerjaan 'membarah'
Diskriminasi dan peluang mendapat pekerjaan kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) ibarat membarah di negara ini.
Pengasas Persatuan Kesejahteraan Autisme (AIDA), Beatrice Leong berkongsi dasar kerajaan menetapkan satu peratus peluang pekerjaan kepada OKU yang tidak dipenuhi sejak 30 tahun pengenalannya jelas suatu signal, keterbukaan yang melemah dalam memberi peluang sama rata.
Pengasas Persatuan Kesejahteraan Autisme (AIDA), Beatrice Leong berkongsi dasar kerajaan menetapkan satu peratus peluang pekerjaan kepada OKU yang tidak dipenuhi sejak 30 tahun pengenalannya jelas suatu signal, keterbukaan yang melemah dalam memberi peluang sama rata.
Ramai rayu lanjut pelajaran ke KPTM - Asyraf Wajdi
Ketika ini jumlah pengambilan pelajar baharu di KPTM Kuantan mencapai 97 peratus dengan hanya 20 kekosongan daripada 720 keseluruhan, manakala di KPTM Ipoh, hanya 54 kekosongan daripada 660 tempat dengan pengambilan mencecah 92 peratus.
SRG menang, Ahmad Zahid ikrar komitmen bangun industri sukan digital
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berikrar untuk memberikan komitmen penuh dalam membangunkan industri sukan digital di negara ini.
Dua papan iklan tumbang di Melaka tiada lesen - Exco
Dua papan iklan yang tumbang di Bachang dan Banda Hilir di sini dalam kejadian angin kuat awal pagi semalam didapati tidak mempunyai lesen dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Mahkamah tolak pengakuan salah lelaki abai anak
Hakim menolak pengakuan Roslan yang pada mulanya mengaku bersalah selepas mendapati pengakuan tersebut dibuat secara bersyarat.
Ringgit rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal berikutan aktiviti pengambilan untung
Pada 8 pagi, ringgit merosot kepada 4.6725/6945 berbanding dolar AS daripada 4.6700/6730 pada Jumaat lepas.
Perlu strategi tepat, karya yang betul untuk tembusi pasaran Indonesia - Erma Fatima
Erma percaya strategi yang mantap, selain karya yang betul dan berkualiti adalah kunci untuk menjayakan misi tersebut.
Usanita perkukuh kerjasama kreatif di Jakarta, tembusi pasaran serantau
Usanita Sdn Bhd berjaya menyelesaikan misi penting tiga hari di Jakarta yang memberi fokus terhadap usaha menjalin dan memperkukuh kolaborasi dengan pemimpin industri kreatif di Indonesia.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Dune: Part Two sajian epik penuh estetika
Dune: Part Two meneruskan kisah epik Paul Atreides yang bertukar daripada seorang bangsawan menjadi pemberontak sekali gus pejuang.
Finas diminta teliti skim wajib tayang - Fahmi
Terdapat sedikit masalah dengan skim sedia ada yang menyebabkan sesetengah pihak mengambil kesempatan menyiapkan filem-filem mereka.
Festival Filem Iran Malaysia 2024 tayang enam filem terbaik Iran
Enam filem terbaik itu ialah Henas, The Painting Pool, Track 143, Bodyguard, No Prior Appointment dan Today.
Filem Kantonis Malaysia 'Rain Town' terima sambutan positif di luar negara
Filem terbaharu arahan Tunku Mona itu dibawa ke layar perak dalam Bahasa Kantonis walaupun beliau sendiri kurang fasih dalam bahasa itu.
Kerajaan yakin industri filem sebagai salah satu sektor penyumbang kepada ekonomi kreatif - Fahmi
Industri kreatif dan budaya negara menyumbang kira-kira 1.9 peratus atau RM28.7 bilion daripada jumlah KDNK negara dan merangkumi tenaga kerja seramai lebih setengah juta orang.
Nas-T terpilih terajui Keluang Man
Nas-T dipilih daripada lebih 300 calon atas faktor kemampuannya menterjemah penjiwaan seperti yang dikehendaki watak berkenaan.
'The Marvels' catat kutipan terendah dalam sejarah MCU
The Marvels juga menjadi keluaran MCU ketiga yang menerima Skor Pawagam "B" daripada penonton filem, selepas Eternals dan Ant-Man And The Wasp: Quantamania.