Polis mendapatkan kebenaran Mahkamah Majistret di sini untuk menyambung reman selama enam hari bermula hari ini terhadap seorang pelakon lelaki dan rakannya berhubung penemuan lebih 1.3 kilogram syabu dalam kereta dinaiki mereka pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob berkata lanjutan reman itu bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan terhadap kes membabitkan suspek berumur 37 dan 27 tahun itu selepas tempoh reman mereka sebelum ini tamat hari ini.
Pada 28 Mac lalu pelakon itu yang sudah tiga kali ditahan kerana terbabit dengan kes dadah, ditahan polis buat kali keempat dalam sekatan jalan raya berhampiran stesen minyak di Jalan Pagoh-Muar di sini kira-kira pukul 1.40 pagi.
Hasil pemeriksaan, polis menemukan empat paket syabu dalam satu ruang di bahagian tempat letak kaki di bahagian belakang kereta, selain beberapa barangan yang disyaki untuk memproses dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan membawa hukuman mati mandatori.
Terdahulu, Majistret Muhammad Hidayat Wahab membenarkan tempoh lanjutan tahan reman terhadap kedua-dua suspek itu mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Ketika keluar daripada mahkamah, pelakon terbabit sempat menunjukkan isyarat `peace' kepada jurugambar.
Bernama
Thu Apr 02 2015
Polis mendapat kebenaran mahkamah untuk menyambung reman selama enam hari terhadap seorang pelakon dan rakan.
1,000 rumah setinggan di ibu kota Filipina terbakar
Api marak dan asap hitam tebal ke langit ketika api menyambar ratusan rumah di kawasan setinggan di Manila pada Ahad.
Kuasai 3M, galakkan inovasi di kalangan pelajar
Pencipta inovasi dalam bidang pendidikan di Sarawak disyorkan mencari jalan untuk menangani mereka yang gagal menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) di peringkat awal kanak-kanak.
Lelaki ditahan rompak wanita bersenjatakan gunting di Puchong
Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki merompak seorang wanita dengan bersenjatakan gunting di sebuah rumah di Puchong Utama, Puchong kira-kira 9 malam Sabtu.
BN beri peluang kepada lebih ramai calon muda
Barisan Nasional akan memberi peluang kepada lebih ramai calon muda dalam Pilihan Raya Umum ke-16 yang akan datang, kata Pengerusinya, Datuk Sei Ahmad Zahid Hamidi.
RM1 bilion kutipan zakat direkod pada 2023, peningkatan 11 peratus - MAIWP
Sebanyak RM1 bilion zakat berjaya dikutip di seluruh Wilayah Persekutuan pada 2023, peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding 2022.
Ahmad Nawab teliti, mahukan terbaik untuk setiap persembahan
Tan Sri Ahmad Nawab merupakan seorang yang sangat teliti, mahukan yang terbaik dalam setiap persembahan.
Demikian perkongsian penyanyi, Liza Aziz ketika menceritakan keperibadian allahyarham yang beliau sifatkan sebagai seorang tidak garang tetapi serius.
Demikian perkongsian penyanyi, Liza Aziz ketika menceritakan keperibadian allahyarham yang beliau sifatkan sebagai seorang tidak garang tetapi serius.
PM tiba di Korea Selatan, rakan dagang kelapan terbesar negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Seoul, Korea Selatan pada Ahad untuk lawatan rasmi atas jemputan Presiden Yoon Suk Yeol.
Penerbangan MH79 dilencongkan ke Ho Chi Minh City
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Seoul, Korea Selatan pada Ahad untuk lawatan rasmi atas jemputan Presiden Yoon Suk Yeol.
Program 2TM rekod 343,294 pengunjung
Sebanyak 343,294 pengunjung direkodkan pada Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang melabuhkan tirai hari ini.
Kerjasama BN-PH: Ahli akar umbi BN terima baik - Zambry
Penerimaan ahli akar umbi Barisan Nasional (BN) terhadap kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) adalah baik, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan terhadap seorang nelayan warga Thailand hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kanabis sebe
Tujuh anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
"Itu bukan saya"- Misha Omar nafi ditahan polis Thailand
Penyanyi terkenal yang berasal dari Kelantan, Misha Omar menafikan dia bukan penyanyi wanita yang ditahan dalam operasi polis Thailand di Sungai Golok, semalam.
Polis kesan Syed Mohammad Faris bantu perbicaraan kes dadah
Syed Mohammad Faris Ismadi Md Akhir, 33, beralamat terakhir di nombor 375, Blok 16, Felda Keratong 9, Muadzam Shah, Pahang.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
Kematian Liam Payne: Bedah siasat temui pelbagai jenis dadah - Sumber
Payne sebelum ini pernah mendedahkan bergelut dengan penyalahgunaan dadah dan tekanan.
Polis Johor tumpas sindiket dadah guna peranti vape
Polis merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM2.827 juta, serta menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan berumur 27 hingga 44 tahun antara pukul 6.45 petang hingga 4 pagi.
Perancis: Remaja ditikam 50 kali, dibakar hidup-hidup
Marseille, bandar kedua terbesar di Perancis, adalah salah satu kota termiskin yang turut dicemari insiden keganasan berkaitan dadah.
Jumpa pistol, dadah: Yusoff Rawther dibawa ke mahkamah
Peguamnya berkata, Muhammed Yusoff akan didakwa berhubung penemuan senjata dan dadah.