PENYANYI dan pelakon, Leez Rosli berkongsi pengalaman manis ketika melahirkan anak pertamanya, Nur Safiyya Alisha Noorsyaiful, dua tahun lalu.
Pengalaman itu dikongsikannya di Instagram (IG) sempena sambutan ulang tahun kedua kelahiran anaknya itu, pada 4 April lalu.
"04/04/2016 tarikh keramat dalam hidup Umi. Umi tak dapat rasa sakit contraction, sebabnya kamu duduk songsang dalam perut umi tak nak pusing-pusing.
"Tambah pula tali pusat atas leher, so daddy yang decide (operate seyjaaaa) punya dia sayang anak dia yang seorang ini," tulisnya di IG.
Biarpun dilahirkan secara pembedahan, bekas peserta program realiti, Akademi Fantasia musim keempat (AF4) ini bersyukur bayinya berada dalam keadaan sihat sejahtera.
"...yang Umi pulak dok fikir, aduuuu operate ini comfirm badan susah nak turun, macam mana ini? Merata google pasal czer apa semua...tapi Alhamdulillah, semuanya dpermudahkan untuk Umi.
"Walaupun masa nak czer itu, neves ya rabbi.. sampai sesak-sesak nafas masa baring (perut tengah di lapah masa tu) ditemani daddy kat sebelah, kemain kuat Umi cengkam tangan daddy.
"Keluar-keluar saja semua staff nurse and doctor jerit 'besarnya baby!! Bulat nya baby!!' Yaaa, tengoklah gambar itu, pipi macam simpan bola pingpong. Ini first time Umi dapat dakap, itu pun hampir setengah hari lepas czer baru dapat jumpa..," luahnya lagi.
Malah, selebriti berusia 31 tahun ini turut mendoakan kesejahteraan anaknya itu selain berharap kesempatan yang sama dapat dirasai oleh bakal-bakal ibu lain.
"Ya Allah, tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan masa ini. Syukurrr Ya ALLAH bagi nikmat rezeki ini.
"Semoga Nur Safiyya Alisha Binti Noorsyaiful ini menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia serta akhirat.
"Tak lupa hakak juga mendoakan semoga para suami isteri yang masih menunggu, semoga ALLAH kurniakan anak-anak syurga pada kalian. Sesungguhnya ALLAH itu sebaik-baik perancang! Happy Birthday anak Umi!!," tulis sambil disertai #alishaturns2.
Nur Safiyya Alisha dilahirkan melalui pembedahan dengan berat 3.5 kilogram di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah pada 4 April 2016.
Anak itu merupakan hasil perkongsian hidup Leez dan suaminya yang juga anggota kumpulan Drama Band, Aepul atau nama sebenarnya, Noorsyaiful Md Zalaludin yang berkahwin pada 2014.
Sinar Harian
Fri Apr 06 2018
Leez Rosli bersama anaknya. -Foto IG LEEZ ROSLI
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Penganjur mohon maaf, dikompaun RM10,000
Penganjur majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa menampilkan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Sabtu lalu, dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).
Kerajaan mulakan kajian semula anti lambakan ke atas import besi
Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk.
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
#GimmeTheMicMY: 'Saya masuk pertandingan semuanya tersingkir' - Farhan dedah 12 tahun cuba jadi penyanyi
Menurut Farhan, 28, dia mengalami masalah kesihatan di saat akhir, namun tetap memberikan yang terbaik pada malam penuh bermakna itu.
Jelajah Jiwa SME: Bizmilla Catering diumum penyertaan terbaik segmen 'Saya Jual'
Usahawan perniagaan majlis perkahwinan, Bizmilla Catering, Mila Jirin menyifatkan pemilihan jenamanya sebagai penyertaan terbaik dalam segmen Saya Jual sebagai pemangkin.
Lama menyepi, akhirnya Mila Jirin bertemu Nonny Nadirah setelah tiga tahun
Setelah tiga tahun, penyanyi dan usahawan Mila Jirin lahirkan rasa syukur dapat bertemu semula dengan rakan baiknya, aktres Nonny Nadirah.
'Orang Tawau', Shahir AF hanya dedah cinta hati pada akad nikah Jumaat ini
Penyanyi Shahir AF mengesahkan bakal melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya pada 2 September 2022, Jumaat ini, di Subang Jaya, Selangor.
Pelakon Lufya cedera di muka, bergelut dengan lelaki cuba culik anak
Pelakon Lufya berdepan situasi cemas apabila terpaksa bergelut dengan seorang lelaki selepas terdapat cubaan untuk menculik anak perempuannya, Laana Haura ketika berada di taman permainan, Ahad lalu.
Rakaman hanya 1 jam? Idayu tampil dengan single 'Jangan Menangis Cinta'
Jangan Menangis Cinta mempunyai keunikan dan berbeza berbanding kebanyakan lagu-lagu pop Melayu yang sudah berada di pasaran negara ini.
Raut wajah lembut dan 'low profile', Datin Seri Muhaini isteri tercinta Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Sepanjang lebih 30 tahun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam arena politik tanah air, amat jarang nampak kelibat Datin Seri Muhaini di depan khalayak.
"Semoga Allah permudahkan kerja Papa tadbir negara" - Doa Dafi buat ayahnya
Bagi Dafi, rezeki yang tertulis buat bapanya dipilih sebagai Perdana Menteri merupakan anugerah tertinggi daripada Yang Maha Esa.
Nabil hargai jasa Astro beri peluang kepada orang kampung sepertinya ubah kehidupan
Nabil Ahmad menghargai platfrom yang disediakan oleh Astro yang telah banyak mengetengahkan bakat kecilnya sehingga hari ini.
"I have lost him forever" - Bapa Amylea Azizan meninggal dunia
Allahyarham Azizan Zainal Abidin, 62, telah menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 2.30 petang.