LOS ANGELES: Pendakwa raya telah mengurangkan pertuduhan terhadap pelakon dan penerbit Amerika Alec Baldwin berkaitan kematian seorang petugas set filem 'Rust" pada 2021, lapor Xinhua, memetik The Hollywood Reporter, pada Isnin.
Dengan keputusan itu, pelakon veteran Hollywood berusia 64 tahun itu dan penyedia senjata api dan peluru di set filem itu pada hari berkenaan, Hannah Gutierrez-Reed, terlepas daripada hukuman penjara lima tahun, menurut laporan itu.
Pada 21 Okt 2021, Baldwin melepaskan tembakan daripada pistol prop pada set filem di New Mexico, Santa Fe County, Amerika Syarikat, membunuh ahli sinematograf filem itu, Halyna Hutchins, 42, dan mencederakan pengarah Joel Souza.
Pada 31 Jan lepas, Peguam Daerah Kehakiman Pertama New Mexico Mary Carmack-Altwies secara rasmi memfailkan pertuduhan membunuh tanpa niat terhadap Baldwin dan Gutierrez-Reed.
Pada Jumaat, pendakwa raya menarik balik pertuduhan kedua iaitu pengubahsuaian senjata api Peguam Baldwin dan Gutirerrez-Reed dalam hujah yang difailkan pada awal bulan ini berkata pertuduhan itu yang berasaskan undang-undang baharu New Mexico tidak boleh digunakan kerana ia diluluskan selepas kematian Hutchins, lapor The Hollywood Reporter.
Baldwin dan Gutierrez-Reed masih menghadapi pertuduhan membunuh tanpa niat yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 18 bulan, tambah laporan itu.
"Bagi mengelak gangguan litigasi oleh Baldwin dan peguamnya, Peguam Daerah dan pendakwa raya khas telah menarik balik pertuduhan pengubahsuaian senjata api kepada tuduhan pembunuhan tanpa niat terhadap kematian Halyna Hutchins di set filem Rust," menurut kenyataan jurucakap bagi Peguam Daerah Kehakiman Pertama New Mexico, Heather Brewer.
"Keutamaan pihak pendakwaan ialah mendapatkan keadilan," kata Brewer.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023

Dengan keputusan itu, Baldwin (gambar) dan penyedia senjata api dan peluru di set filem itu pada hari berkenaan, Hannah Gutierrez-Reed, terlepas daripada hukuman penjara lima tahun. - REUTERS

Bekas kakitangan Teresa Kok disiasat SPRM
Teresa terkejut apabila mendapat tahu dua bekas pembantunya dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Shahidan sedia pertahan jawatan Presiden KOM
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 15 Jun depan.

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Pelakon Alec Baldwin ucap terima kasih kepada penyokong selepas tuduhan digugurkan
Pelakon Amerika Syarikat (AS) Alec Baldwin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokongnya selepas kes pembunuhan tanpa niat terhadapnya digugurkan oleh seorang hakim di New Mexico.

Pengendali senjata api filem Rust dipenjara 18 bulan
PENGENDALI senjata api untuk filem bajet, Rust, Hannah Gutierrez-Reed dihukum penjara 18 bulan pada Isnin berhubung insiden kematian ahli sinematografi, selepas ditembak aktor, Alec Baldwin.

Alec Baldwin didakwa sekali lagi bunuh tanpa sengaja
Pertuduhan bunuh tanpa sengaja yang pertama terhadap Baldwin diterangkan dalam dokumen mahkamah sebagai "penggunaan senjata api secara cuai."

Keluarga Halyna Hutchins bakal kemuka saman terhadap Alec Baldwin
Peguam keluarga mangsa berkata pelakon itu "tidak boleh lepas daripada tanggungjawab" yang menyebabkan kematiannya.

Tuduhan membunuh terhadap pelakon Alec Baldwin digugurkan
Tuduhan terhadap Alec Baldwin atas pendakwaan membunuh tanpa sengaja di lokasi penggambaran filem Rust telah digugurkan.

Alec Baldwin mengaku tidak bersalah tembak ahli sinematografi
Alec Baldwin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh tanpa sengaja ahli sinematografi, Halyna Hutchins.

Pertuduhan membunuh petugas set pada 2021 ke atas Baldwin dikurangkan
Pendakwa raya telah mengurangkan pertuduhan terhadap pelakon dan penerbit Amerika Alec Baldwin berkaitan kematian seorang petugas set filem 'Rust" pada 2021.

Alec Baldwin didakwa secara rasmi tembak mati kru penggambaran
Alec Baldwin didakwa secara rasmi atas pertuduhan menembak mati seorang ahli sinematografi filem di set penggambaran pada Oktober 2021.

Tembakan di set filem: Pelakon Alec Baldwin akan didakwa
Pelakon dan penerbit Amerika Alec Baldwin akan didakwa atas pertuduhan menembak maut kru filem di set penggambaran filem baharunya Rust pada 2021.