MENYANDANG watak utama dalam filem terbaharu terbitan Astro Shaw, Dukun Doktor Dani, penyanyi Taufik Batisah bersedia untuk menerima kritikan berkenaan dengan lakonan pertamanya di layar perak.
"Penglibatan saya dalam bidang hiburan sudah menjangkau 12 tahun. Sudah semestinya saya bersedia untuk menerima segala kritikan mengenai apa yang saya lakukan.
"Jika sebelum ini saya fokus dalam bidang muzik, menerusi Dukun Doktor Dani merupakan percubaan pertama saya dalam bidang perfileman. Dalam bidang muzik, saya tak boleh puaskan hati semua pihak.
"Saya mengambil pendekatan yang sama dalam bidang lakonan ini. Jadi, saya sudah bersedia menerima sebarang komen. Jika ada kekurangan, saya perlu memperbaikinya," kata Taufik kepada Astro Gempak.
Berlakon di bawah arahan pengarah tersohor, Sabri Yunus, penyanyi lagu Harus Begitu ini sangat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Sabri.
"Saya rasa sangat berbangga kerana sebagai pendatang baharu dalam dunia lakonan, saya dapat bekerjasama dengan Sabri yang memang sudah dikenali sebagai seorang pengarah prolifik.
"Sabri seorang pengarah yang tidak lolek ilmu dan dia banyak membimbing saya untuk menjayakan watak Doktor Dani," katanya lagi.
Filem Dukun Doktor Dani dibintangi oleh Taufik Batisah, Fasha Sandha, Raysha Rizrose, Amerul Afendi, Yus Jambu dan ramai lagi. Jangan lupa saksikan filem ini di pawagam bermula 28 Julai ini.
Gempak
Tue Jul 26 2016

Bergandingan dengan fasha Sandha, bakat Taufik dalam bidang lakonan benar-benar teruji menerusi filem pertama ini.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Pertama kali berlakon filem, Taufik Batisah sedia terima kritikan
Taufik Batisah bersedia untuk menerima kritikan berkenaan dengan lakonan pertamanya di layar perak.