PELAKON Ieda Moin meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan sahabat yang baik aktres seperti Noorkhiriah.

Menurut Ieda, hubungan persahabatan mereka sudah menjangkau lebih 20 tahun dan mereka berdua bersama-sama memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

“Lebih 20 tahun kami bersahabat, dari zaman jahiliah hinggalah sahabat cikda @khairiah17 berhijrah untuk cuba istiqomahkan dirinya.

“Perlahan-lahan dia tarik cikda untuk cuba perbaiki kekurangan cikda, untuk berhijrah walaupun lening untuk dia faham bff dia ni,” kongsinya.

Perkongsian itu juga turut disertakan dengan video pendek merakamkan momen dua sahabat ini berpelukan.


Dalam pada itu, Khiriah menerusi akaun Instagramnya juga turut meluahkan perkara yang sama.

“20 tahun lamanya kami menjadi sahabat, jarang jumpa jarang bersapa tetapi masing-masing dah ada tempat dalam hati.

“Love you toq @iedamoin79, kita hijrah kepada yang lebih baik ya toq,” tulisnya.

Sementara itu di ruangan komen rata-rata lengikut mereka mendokan agar persahabatan itu berkekalan hingga ke Jannah.

“Bukan senang nak dapat sahabat yang memahami kita. Suka tengok kak Khiriah dan Kak Ieda Moin, tak pernah tak lawak,” komen seorang netizen.

“Inilah sahabat yang bagus, membawa kita dekatkan diri dengan Allah,” tulis seorang lagi netizen. - Gempak