PEREKA fesyen terkenal, Rizman Nordin mengumumkan bahawa isteri tercinta Nurida Suraya kini sedang hamil dan usia kandungannya sudah memasuki empat bulan.

Rizman yang merupakan sebahagian daripada empayar fesyen Rizman Ruzaini ternyata sangat gembira berkongsi berita tersebut di Instagram miliknya.

"Alhamdulillah. Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, bersyukur kami dihadiahkan anugerah yang paling berharga. Ihsan dan amanat dari yang Esa. Usianya kini masuk bulan ke empat.

"To my beautiful queen Nurida Suraya, thank you so much for this. Moga Allah permudahkan segalanya untuk mu," tulis Rizman pada entri tersebut.

Rizman juga berdoa semoga cahaya mata yang bakal lahir kelak cukup sifat dan menjadi insan yang terbaik.

"Ya Allah ya tuhanku, semoga anugerah pinjaman-Mu ni dilahirkan cukup sifat, seindah makhluk terbaik yang pernah Engkau ciptakan, dan dengan kehadirannya, dapat kami didik ia kejalan-Mu, yang akan membawa kami ke syurga-Mu," doa Rizman.

BACA: Pereka fesyen Rizman Nordin, ahli perniagaan sah suami isteri!

Alhamdulillah.. dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, bersyukur Kami dihadiahkan anugerah yang paling berharga. Ihsan dan amanat dari yang Esa. Usianya kini masuk bulan ke empat. . . To my beautiful queen @nuridasuraya thank you so much for this. Moga Allah permudahkan segalanya untuk mu. ❤️ . Ya Allah ya tuhanku, Semoga Anugerah pinjamanMu ni dilahirkan cukup sifat, seindah Makhluk terbaik yang pernah Engkau ciptakan, dan dengan kehadirannya, dapat kami didik ia kejalanmu, yang akan membawa kami ke syurgaMu. . . Amin amin ya rabbalalamin..

A post shared by rizman nordin (@rizman.n) on


Rizman Nordin menikahi Nurida Suraya pada bulan September tahun lalu.