PELAKON Fizo Omar akui pengalaman melihat sendiri proses isterinya, Mawar Karim melahirkan cahaya mata pertama mereka sesuatu yang sukar dipercayai.

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Fizo berkongsi momen-momen Mawar berada di dalam bilik pembedahan melahirkan bayi perempuannya.

Fizo memberitahu dia tidak dapat menggambarkan perasaannya saat melihat doktor membelah perut isterinya di depan matanya secara langsung.

Ia bagaikan satu magika apabila dia berpeluang melihat anaknya keluar dari perut Mawar selepas empat tahun menanti kehadiran cahaya mata.

Air mata Fizo terus mengalir selepas melihat doktor mengeluarkan bayinya keluar dari perut isterinya dan terus terpaku dengan keajaiban itu.

Fizo berkata air matanya mengalir deras apabila mendengar bayinya menangis lebih kuat.

Saat yang dinanti-nantikan ketika itu mengazankan zuriatnya sendiri.

Berikut merupakan cerita penuh pengalaman Fizo yang dikongsi:

AKU TGK BABY AKU KELUAR!!! . Tak tahu mcm mne aku nk cakap perasaan aku masa tu bila aku lihat sendiri Dr Hamid Arshat dan assistant nya ‘memotong’ perut mawar secara live depan mata aku dan keluar kan zuriat aku dan mawar yang 4 tahun aku menunggu baby ni. . Syukur Alhamdulillah aku diizinkan oleh NYA utk merasai nikmat mempunyai zuriat walaupun mengharungi satu tempoh yg agak lama pada aku dan juga pelbagai cabaran untuk mawar nak hamil dulu.Dan aku juga diberi peluang utk masuk ke dalam bilik bedah mengharungi setiap saat getir mawar bertarung nyawa utk melahirkan baby pertama kami. . Percikan darah dan air ketuban yg aku tgk tu mcm tak percaya yg aku boleh masih lg berdiri dan terus melihat ‘magic moment’ tu.Dalam kepala aku bukan la nk memikirkan psl darah atau perut bini aku ‘ditebuk’ tapi yang aku fikirkan dan risaukan adalah bagaimana keadaan anak aku,dan aku tidak sabar nak tengok zuriat aku sendiri.Ye lah mana tak nya, bukan sahaja 4 tahun aku menunggu, malah sejak dari bujang lagi aku memang tak sabar nak ada anak sendiri.mempunyai anak adalah salah satu GOAL utama dalam hidup aku. . Masa aku tengok Dr Hamid menarik kepala anak aku keluar,tiba-tiba air mata aku mengalir dengan sendiri dan aku tak terkata apa terpaku kat situ..Subhanallah aku mcm tak percaya…WEHHHHH..aku dah jadi daddy!!!..itu lah yg bermain di kepala aku.Aku sampai xde kekuatan utk nk pegang baby tu masa tu dan aku hanya mampu tengok dan layan je apa yg nurse sedang buat kat anak aku.Dieorng tepuk tapak kaki n baby terus nangis, lagi kuat baby nangis, lagi kuat air mata aku mengalir keluar, Ya ALLAH.. syukur kepada mu ya Allah… . Tibalah saat yg paling aku nantikan….AZAN seorang bapa.. nanti aku sambung lagi cter aku..

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on


Foto: Instagram Fizo Omar
Teks oleh: Syafiqah Jalal