Namun, baru-baru ini penyanyi lagu Snow On The Sahara itu sering berkongsi foto seorang jejaka berketurunan Inggeris yang dipercayai merupakan suaminya yang keempat bernama Christian Kretschmar, 43.
Lelaki itu bekerja sebagai seorang jurugambar profesional yang sering membidik foto-foto Anggun terutama ketika konsert.
Menurut laporan dari Win Net News, Anggun mula mendedahkan suaminya itu pada Acara Diaspora 2017 bulan Julai lalu.
Anggun atau nama sebenarnya Anggun Cipta Sasmi, 43, pernah tiga kali mendirikan rumah tangga sebelum ini.
Pada tahun 1992, Anggun mengahwini seorang jurutera Perancis, Michel Georgea yang juga pernah menjadi pengurus peribadinya ketika awal karier di Eropah.
Bagaimanapun hubungan itu berakhir dan Anggun memilih untuk mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka yang ditemuinya di Kanada, Louis-Olivier Maury pada tahun 2004.
Selepas dua tahun, rumah tangga penyanyi itu kembali goyah dan hubungan baru bersama seorang penulis dari Perancis, Cyril Montana bermula.
Menerusi perkahwinan itu, Anggun dikurniakan seorang cahaya mata, Kirana Cipta Montana yang kini berusia 10 tahun.