PENYANYI ternama kelahiran Haiti, Mikaben dilaporkan meninggal dunia ketika mengadakan persembahan di Accor Arena, Paris.
Bintang berusia 41 tahun yang terkenal dengan lagu Ou Pati dilaporkan berhenti membuat persembahan dan meninggalkan pentas sebelum rebah di lantai.
Memetik laporan Mirror, pasukan perubatan melakukan bantuan ke atas Mikaben namun usaha untuk menyelamatkannya gagal.
Penonton yang berada di lokasi turut diminta meninggalkan dewan sejurus pasukan penyelamat tiba memulakan pertolongan cemas.
Menerusi laman Twitter Accor Arena, Mikaben atau nama sebenarnya Michael Benjamin disahkan meninggal dunia pada pukul 1.30 pagi Ahad.
“Penyanyi Michael Benjamin atau Mikaben yang membuat persembahan di Konsert Carimi meninggal dunia selepas tidak dapat diselamatkan oleh pasukan penyelamat.” tulis wakil Arena dalam bahasa Perancis dalam satu ciapan di Twitter.
Dalam masa sama, isterinya, Vanessa turut mengesahkan berita kematian suaminya.
“Bukan masa sesuai untuk bercakap. Saya baru sahaja kehilangan suami dan hilang kata-kata,” tulis Vanessa di Twitter.
Dalam ciapan berbeza, Vanesss menulis agar diberi kekuatan menjalani ujian berat ini.
“Oh Tuhan, saya tahu anda tidak melakukan kesalahan dan anda tidak akan memberi kita apa yang tidak dapat kita tanggung tetapi, kesakitan ini terlalu berat. Tolonglah aku, tolong, oh Tuhan yang penuh belas kasihan,” tulisnya.
Sementara itu, sehingga kini punca kematian sebenar Mikaben masih belum dikenal pasti.
Mikaben meninggalkan seorang isteri yang sedang hamil serta dua cahaya mata, Gabriel Benjamin dan Leïa Benjamin.
Agensi
Tue Oct 18 2022
![Penyanyi popular Mikaben meninggal dunia selepas rebah di pentas Penyanyi popular Mikaben meninggal dunia selepas rebah di pentas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666076949_MIKABEN.jpg)
Menerusi laman Twitter Accor Arena, Mikaben atau nama sebenarnya Michael Benjamin disahkan meninggal dunia pada pukul 1.30 pagi Ahad. - Gambar INSTAGRAM @mikaben509
![Parlimen: KKM pastikan RUU Perubatan dikuat kuasa segera - Dr Dzulkefly Parlimen: KKM pastikan RUU Perubatan dikuat kuasa segera - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721221006_DzulkeflyAhmad.jpg)
Parlimen: KKM pastikan RUU Perubatan dikuat kuasa segera - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 yang diluluskan di Dewan Rakyat hari ini dikuatkuasakan secepat mungkin.
![Pasport 'terbang': SPRM Sabah tahan tiga penguat kuasa Pasport 'terbang': SPRM Sabah tahan tiga penguat kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720757513_sprmbernama.jpg)
Pasport 'terbang': SPRM Sabah tahan tiga penguat kuasa
Sindiket yang dipercayai bergerak aktif sejak tahun lepas itu disyaki memberikan rasuah kira-kira RM300,000 kepada penguat kuasa terbabit.
![Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718249777_KesZaynRayyan.jpg)
Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
![Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721222558_abdullahsaidol.jpg)
Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak
Temasya itu juga dapat menjadi medan untuk mengenali masyarakat dan tempat-tempat menarik di Sarawak.
![Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024 Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721220717_LimHuiYing.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024
Rang Undang-Undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga dikemukakan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
![Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715585827_TBJohariAbdul.jpg)
Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov
Semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya 11 Nov ini, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
![Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692615151_gold.jpg)
Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns
Harga emas mencapai tahap tertinggi baharu sebanyak US$2,487.25 seauns pada Rabu, menurut data dagangan.
Polis rakam 26 saksi bantu siasatan
Polis sudah merakam percakapan 26 saksi bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dan ia sudah mencukupi.
Empat lagi suspek disiasat berhubung komen jelik, provokatif
Seramai empat lagi suspek telah disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen, yang dimuat naik di platform TikTok dan Facebook pada 9 Julai 2024.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Petrol, diesel kekal sehingga 24 Julai
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 DAN RM3.35 seliter sehingga 24 Julai.
![Penyanyi popular Mikaben meninggal dunia selepas rebah di pentas Penyanyi popular Mikaben meninggal dunia selepas rebah di pentas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666076949_MIKABEN.jpg)
Penyanyi popular Mikaben meninggal dunia selepas rebah di pentas
Bintang Haiti berusia 41 tahun itu dilaporkan berhenti membuat persembahan dan meninggalkan pentas sebelum rebah.