PENYANYI senior tanah air, Ibnor Riza dilaporkan sedang mengalami dugaan hidup apabila menderita pelbagai penyakit sehingga menyukarkan dirinya menjalani kehidupan harian.
Ibnor yang cukup terkenal dengan lagu Mimpi Yang Tak Sudah itu diketahui menderita darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, buasir serta kehilangan suara.
Menerusi perkongsian yang disampaikan dalam kiriman WhatsApp kepada rakan-rakan dan media, penyanyi berusia 62 tahun tersebut juga mengalami sakit migrain yang susah dikawal serta bengkak leher yang berpunca dari sel yang mati dan membentuk cecair nanah serta memerlukan pembedahan.
“Dengan izin dari sahabatku saudara Ibnor Riza, saya ingin memaklumkan beliau sekarang sedang dalam pelbagai dugaan penyakit yang datang serentak iaitu darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, buasir yang membengkak dan kehilangan suara. Inilah yang dihadapi oleh sahabat kita Ibnor Riza,” tulis isi pesan WhatsApp tersebut.
Penyanyi lagu Berdiri Seorang Perindu itu juga dikhabar dalam proses berubat dengan pakar namun dinasihatkan tidak melakukan pembedahan kerana keadaan kesihatan yang tidak stabil.
“Doakan yang terbaik buat Ibnor Riza Ibrahim dan agar Allah permudahkan bantuan dan urusannya,” katanya.
Pengirim juga menyatakan bekas Bintang RTM ini kini mengalami kesulitan termasuk untuk keperluan kewangan perubatan dan meminta jasa baik sekiranya ada yang sudi menghulurkan sumbangan.
“Dalam keadaan yang sama, dengan pelbagai kesulitan demi melaksanakan keperluan seharian termasuk keperluan perubatan.
“Sebelum saya menutup kalam ini, bagi sahabat sahabat yang ingin menghulurkan bantuan kewangan seikhlas mungkin, bolehlah membantu agar dapat meringankan beban yang ditanggung.
“Bersama ini saya catatkan nombor akaun peribadinya - 114478024958 (IBNOR RIZA, MAYBANK),” tulis kenyataan itu lagi. -- Gempak
Gempak
Wed Jan 04 2023
![Penyanyi Mimpi Yang Tak Sudah, Ibnor Riza kehilangan suara Penyanyi Mimpi Yang Tak Sudah, Ibnor Riza kehilangan suara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81672803791_IbnorRiza.jpg)
Penyanyi lagu Berdiri Seorang Perindu itu juga dikhabar dalam proses berubat dengan pakar namun dinasihatkan tidak melakukan pembedahan kerana keadaan kesihatan yang tidak stabil. - Gempak
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Peminat hubungi isteri, minta henti putar lagu Allahyarham Ibnor Riza Peminat hubungi isteri, minta henti putar lagu Allahyarham Ibnor Riza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703071871_IbnorRizaIsteri.jpg)
Peminat hubungi isteri, minta henti putar lagu Allahyarham Ibnor Riza
Isteri penyanyi Allahyarham Ibnor Riza, Sarimah Sulaiman memaklumkan dihubungi peminat suaminya meminta agar lagu-lagu arwah tidak diputarkan ketika ini.
![Jenazah Ibnor Riza dikebumi di N.Sembilan selepas solat Isyak Jenazah Ibnor Riza dikebumi di N.Sembilan selepas solat Isyak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702810921_IBNOORRIZAmeningg.jpg)
Jenazah Ibnor Riza dikebumi di N.Sembilan selepas solat Isyak
Jenazah penyanyi terkenal Ibnor Riza Ibrahim akan dikebumikan di Masjid Tengku Ali, Tengkek Batu Kikir, Negeri Sembilan, malam ini.
![Ibnor Riza meninggal dunia akibat kanser limfoma Ibnor Riza meninggal dunia akibat kanser limfoma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702803275_IBNOORRIZAmeningg.jpg)
Ibnor Riza meninggal dunia akibat kanser limfoma
Penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Seorang Perindu itu, meninggal dunia selepas dua minggu bertarung nyawa akibat kanser limfoma.
![Ibnor Riza ditidurkan untuk jalani pembedahan di kepala Ibnor Riza ditidurkan untuk jalani pembedahan di kepala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678028723_Ibnorriza.jpg)
Ibnor Riza ditidurkan untuk jalani pembedahan di kepala
Perkara tersebut dimaklumkan oleh penyanyi Nizam Laksamana menerusi perkongsian pada Facebook (FB), pada Sabtu malam.
![Anwar beri sumbangan kepada Ibnor Riza, Fauziah Samad Anwar beri sumbangan kepada Ibnor Riza, Fauziah Samad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71698936301_AhmadFarhanFauzi.jpg)
Anwar beri sumbangan kepada Ibnor Riza, Fauziah Samad
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada penyanyi popular era 80-an, Ibnor Riza dan pelakon Fauziah Samad yang berdepan masalah kesihatan pada Khamis.
![Menteri Agama ziarah Ibnor Riza, serah sumbangan MAIWP RM5,000 Menteri Agama ziarah Ibnor Riza, serah sumbangan MAIWP RM5,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697929999_IbnorRiza.jpg)
Menteri Agama ziarah Ibnor Riza, serah sumbangan MAIWP RM5,000
Mohd Na'im berkesempatan menziarahi penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi Yang Tak Sudah itu dan turut menyampaikan sumbangan.
![Doktor ramal Ibnor Riza ada enam bulan untuk hidup Doktor ramal Ibnor Riza ada enam bulan untuk hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71680660059_IbnorRiza.jpg)
Doktor ramal Ibnor Riza ada enam bulan untuk hidup
Penyanyi lagu Mimpi Yang Tak Sudah itu bagaimanapun tidak putus semangat meneruskan ikhtiar melawan penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapi.
![Doakan saya terus sihat - Ibnor Riza kongsi wajah terkini Doakan saya terus sihat - Ibnor Riza kongsi wajah terkini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71680660059_IbnorRiza.jpg)
"Doakan saya terus sihat" - Ibnor Riza kongsi wajah terkini
Ibnor Riza turut titip doa semoga amalan setiap seorang daripada kita di bulan Ramadan diterima Allah SWT.
![Ibnor Riza menghidap kanser limfoma Ibnor Riza menghidap kanser limfoma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678028723_Ibnorriza.jpg)
Ibnor Riza menghidap kanser limfoma
Selepas berdepan dengan masalah kesihatan sejak beberapa bulan lalu, penyanyi terkenal era 80-an, Ibnor Riza mendedahkan, dia disahkan menghidap Kanser Limfoma.
![Isteri rayu bantuan kewangan, bimbang keadaan kesihatan Ibnor Riza Isteri rayu bantuan kewangan, bimbang keadaan kesihatan Ibnor Riza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677577738_ibnorriza.jpg)
Isteri rayu bantuan kewangan, bimbang keadaan kesihatan Ibnor Riza
Keluarga Ibnor Riza dalam kesempitan untuk membiayai kos rawatan penyakit penyanyi terkenal itu.