KUALA LUMPUR: Penghibur veteran tanah air, Mohd Fauzi Darus, yang lebih dikenali sebagai Jay Jay, telah meninggal dunia di sebuah hospital di Damansara, pada Ahad.

Pemergian Jay Jay, 67, dikongsi oleh rakan artis, Datuk Hattan, dan Fauziah Ahmad Daud di laman media sosial mereka.

Memetik laporan media, penghibur yang popular dengan lagu Rindu Bayangan itu mengalami lumpuh selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 23 Mei lalu.

Memetik laporan MStar, jenazah dijangka akan disolatkan di Masjid Al-Husna Bandar Sunway pada pagi Isnin, dan akan dikebumikan sebelum Zohor. 

Salam takziah untuk keluarga dan sahabat handai Allahyarham.