PENYANYI yang juga penulis lagu kumpulan terkenal era 70-an Fleetwood Mac, Christine McVie meninggal dunia pada usia 79 tahun.
Christine meninggal dunia di hospital pada Rabu sejurus dimasukkan ke wad, kata keluarganya dalam satu kenyataan yang disiarkan di akaun Facebook penyanyi itu.
"Kami mahu anda semua mengingati Christine sebagai insan yang luar biasa dan pemuzik yang dihormati serta disayangi," tulis keluarga mendiang dalam kenyataan itu.
Fleetwood Mac, dalam kenyataan berasingan, berkata "tiada kata" dapat menggambarkan kesedihan ahli kumpulan itu di atas pemergian McVie.
Ahli Fleetwood Mac lain, termasuk Stevie Nicks dan Mick Fleetwood, menyiarkan kenyataan itu di media sosial.
"Mendiang pemuzik terhebat dalam kumpulan dan kawan terbaik dalam kehidupan kami.
"Secara individu dan bersama, kami sangat menghargai Christine dan berterima kasih atas kenangan indah yang dilalui bersama," tulis kenyataan kumpulan itu.
Dilahirkan dengan nama Christine Perfect di barat laut England pada 12 Julai 1943, McVie mula menggubah lagu semasa di sekolah seni.
Di awal penglibatannya, Christine bersama kugiran Chicken Shack sebelum menyertai Fleetwood Mac pada tahun 1970.
Christine turut bertemu jodoh dengan pemain bass John McVie.
Mendiang dikenali kerana gubahan lagu dan vokal yang membantu menjadikan Fleetwood Mac antara kumpulan rock terlaris sepanjang zaman.
Dua daripada lagu gubahan Christine, "Over My Head" dan "Say You Love Me" menjulang nama kumpulan itu apabila lagunya kerap dimainkan di stesen radio Amerika Syarikat.
Christine meninggalkan Fleetwood Mac pada tahun 1998 dan kurang mendapat perhatian walaupun mengeluarkan album solo pada tahun 2004.
Dia bagaimanapun menyertai semula kumpulan itu untuk jerayawara pada 2014.
Astro Awani
Wed Nov 30 2022
Christine McVie meninggal dunia pada usia 79 tahun. -AP
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
Penyanyi 'Fleetwood Mac' Christine McVie meninggal dunia
Mendiang dikenali kerana gubahan lagu dan vokal yang membantu menjadikan Fleetwood Mac antara kumpulan rock terlaris sepanjang zaman.