Penyanyi veteran British Cliff Richard pada Khamis menafikan sekeras-kerasnya dakwaan melakukan salah laku seksual selepas polis melancarkan siasatan semula berhubung dakwaan lama yang mengaitkannya dengan pencabulan seorang kanak-kanak lelaki.
Rumah Richard turut digeledah pihak polis hari ini.
Penyanyi berusia 73 tahun dan bintang pop sejak 1950-an yang popular dengan lagu-lagu seperti "Devil Woman" dan "Living Doll" berkata dakwaan terbabit sebagai "palsu".
Richard tidak hadir ketika pegawai polis menggeledah apartmennya yang terletak di kawasan komuniti berpagar di Sunningdale, Berkshire, selatan England.
"Waran geledah telah diberikan selepas polis menerima laporan perilaku bersifat seksual sejak tahun 1980-an yang melibatkan seorang budak lelaki yang berada di bawah usia 16 tahun pada masa itu," kata jurucakap polis South Yorkshire.
"Tiada siapa telah ditangkap dan pemilik kediaman tidak hadir."
Richard telah menjual lebih daripada 250 juta rekod sepanjang kerjayanya dan digelar Peter Pan of Pop untuk penampilannya yang kekal tampak muda.
'Tuduhan palsu'
Dalam satu kenyataan, Richard yang kini dilaporkan berada di Portugal, berkata beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi akan "bekerjasama sepenuhnya" dengan siasatan.
"Untuk beberapa bulan saya telah menyedari tentang tuduhan terhadap saya di dalam internet. Dakwaan itu adalah palsu," kata penyanyi itu.
"Sehingga sekarang saya telah memilih untuk tidak memperbesarkan dakwaan palsu itu dengan apa-apa jawapan.
"Bagaimanapun, pihak polis ke apartmen saya di Berkshire hari ini tanpa notis, tetapi ia disiarkan di dalam media.”
Richard berkata masa ini adalah tidak sesuai untuk beliau memberikan sebarang kenyataan dan memilih untuk menunggu sehingga siasatan polis telah selesai.
Agensi
Thu Aug 14 2014
Richard berkata ia tidak sesuai untuk berkata apa-apa sehingga siasatan polis selesai. - Gambar Fail
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cliff Richard menang saman ke atas BBC
Mahkamah Tinggi United Kingdom memutuskan syarikat penyiaran itu bersalah kerana menyiarkan serbuan polis ke atas penyanyi berusia 77 tahun itu.
Penyanyi Cliff Richard nafi lakukan salah laku seks
Cliff Richard sebelum ini memilih untuk tidak memberi sebarang jawapan namun akan bekerjasama dengan pihak polis jika memerlukan penjelasan beliau.