FILEM sekuel, Munafik 2 yang mencetuskan fenomena dengan sambutan luar biasa daripada penonton terus mencuri tumpuan apabila dikatakan ada dalam kalangan penonton yang terkena 'histeria' ketika di dalam pawagam.

Insiden itu dikongsi pengguna di media sosial yang mengatakan wujud entiti dalam pawagam ketika filem itu ditayangkan.

Filem arahan Syamsul Yusof itu sememangnya banyak menyelitkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran termasuk ayat Ruqyah yang digunakan untuk membuangkan jin dalam badan manusia.

BACA: 'Takut pergi pasar nanti orang ludah' - Nasir Bilal Khan

BACA: Lakonan Mawi dapat pujian pelakon hebat, dialog Ustaz Azhar bukan mudah

Dalam filem itu, adegan tersebut dilakukan Ustaz Azhar yang dilakonkan Mawi dikatakan memberi kesan mendalam pada penonton.

Mawi sendiri mengakui ayat Ruqyah yang dibacakannya dalam filem itu adalah benar dan boleh memberi 'kesan' terhadap penonton.

"Bagi penonton yang jarang dengar, mereka mungkin menggigil. Sebenarnya, dalam filem ini setiap surah yan dibaca dinyatakan pada skrin untuk pengetahuan penonton," katanya kepada Astro Gempak.

Nyata, pengaruh Ustaz Azhar membacakan ayat Ruqyah ketika merawat Adam (Syamsul) turut ditiru penonton kanak-kanak yang dikongsi menerusi video di media sosial.


"Sebelum ini dalam filem jika panggil watak Ustaz lebih kepada membaca ayat Kursi tapi kali ini ada 2 doa yang tidak dinyatakan iaitu selawat nubuah dan hizib al-hafiz," katanya.

Bagi Penasihat Agama dan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Konsultan Perawatan Islam, Datuk Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar pula berkata, ayat Ruqyah memberi kesan secara tidak langsung pada penonton Munafik 2 dalam mengesan gangguan jin dalam badan tanpa sengaja.

"Menurut kebiasaannya, jika sesuatu ruqyah itu dibacakan, sekiranya badan seseorang itu memang sudah pun ada elemen gangguan jin, maka ianya akan memberi tindak balas sama ada menangis, kerasukan dan sebagainya," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi