Pengarah filem tersohor India Yash Chopra, meninggal dunia semalam, kerana diserang denggi.

Mendiang yang berusia 80 tahun, sebelum ini dirawat di Hospital Lilawati, di Mumbai sejak 13 Oktober .

Menurut pihak hospital, pelakon itu meninggal dunia kerana mengalami komplikasi denggi yang berpanjangan dan juga kegagalan organ dalaman yang tidak berfungsi.