Menerusi entri di Instagram (IG), Zarul menjelaskan pengalaman kecederaan yang diperolehi itu sangat berharga dan menginsafkan dirinya.
"Tulang jari kaki retak after 2 months. Alhamdulillah pengalaman yang berharga dan menginsafkan.
"Alhamdulillah sekarang dah pulih. #zarulhusin #zarulumbrella #zaruliansfc #zhent #indigitalmusic #nadcsentertainment #Remuk #Ramalankubenarbelaka #JanganPernah #SatuRasa #cekelathoney #sambalbawangbilisaichik," tulisnya.
Rata-rata peminat melahirkan rasa syukur selepas kecederaan yang dihadapi oleh Zarul semakin pulih dan berharap dia lebih berhati-hati selepas ini.
Ada juga yang manasihatkan Zarul supaya tidak melakukan aktiviti lasak buat sementara waktu walaupun tulang tapak kakinya sudah sembuh.