KUCHING: Nama seperti Jerry Kamit dan Elizabeth Bungan adalah antara pemuzik terkenal bagi instrumen sape atau sampe, yang merupakan alat muzik tradisi bertali masyarakat Orang Ulu iaitu Kenyah dan Kayan, di Sarawak.
Bagi pemuzik sape termuda, Nikita Sarna, 11, yang merupakan penghibur termuda di Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia atau Rainforest World Music Festival (RWMF) 2022, Jerry sentiasa menjadi idolanya dalam industri sape, justeru dia berharap satu hari nanti dapat mengejar impiannya bergelar pemuzik profesional, mengikut jejak Jerry dan Elizabeth.
"Dalam beberapa tahun akan datang, saya mengimpikan untuk membuka kelas sape saya sendiri, seperti guru saya Hallan Hashim. Saya tidak sabar untuk menjayakannya.
"Idola pertama saya bagi instrumen sape adalah Jerry Kamit dan sepupu saya memperkenalkan saya dengan Hallan Hashim yang kini menjadi guru saya. Beliau yang memberitahu saya mengenai Alena Murang (pemain sape Sarawak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa) dan sekarang saya tidak percaya saya sebenarnya sepentas dengan Alena," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Nikita atau lebih dikenali sebagai Niki berkata dia berasa bangga dapat membuat persembahan di RWMF, apatah lagi di pentas yang sama dengan insan yang dikaguminya, Alena.
Alena, yang berasal dari Kelabit dan berketuruan Itali-Inggeris, juga merupakan penyanyi dan penulis lagu.
"Ini adalah kolaborasi pertama kami dan saya mengenalinya ketika saya berusia sembilan tahun dan sejak itu mula meminatinya, melihat beliau memainkan sape, ia begitu tenang dan cantik.
"RWMF sangat menyeronokkan dan ini adalah kali pertama saya membuat persembahan di hadapan orang ramai seperti ini. Saya teruja namun dalam masa yang sama agak gementar untuk membuat persembahan di sini," katanya.
Nikita yang berketurunan Kayan dan Punjabi berkata dia memiliki instrumen sape ketika berusia lapan tahun selepas menonton kip video YouTube pada perhimpunan keluarga sempena Krismas dan serta-merta jatuh cinta dengan alat muzik yang menyerupai gitar dan tergolong dalam keluarga kordofon atau alat muzik bertali itu.
Anak kelahiran Selayang dan kemudian berpindah ke Miri ketika berusia tujuh tahun itu berkata dia beruntung kerana kedua-dua ibu dan bapanya memberi sokongan kuat terhadap impiannya untuk bermain sape dan memukau penonton dengan kemahirannya.
Nikita akan mempamerkan kemahirannya bermain sape pada acara kemuncak RWMF 2022 malam ini bersama artis tempatan dan antarabangsa seperti Alena, Tima Vaananen dari Finland, Yayi Cai (China) dan Flame of the Forest (Singapura).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 19 2022

Nikita berkata dia memiliki instrumen sape ketika berusia lapan tahun selepas menonton kip video YouTube pada perhimpunan keluarga sempena Krismas. - Foto Astro AWANI

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Pemuzik termuda RWMF, Nikita sasar lakar nama sebagai pemain sape
Dia berharap satu hari nanti dapat mengejar impiannya bergelar pemuzik profesional, mengikut jejak Jerry dan Elizabeth.

250 pemain sape bakal cipta rekod MBR di Citrawarna Keluarga Malaysia 2022
Pelbagai latar belakang kaum dan etnik berkongsi minat terhadap sape sekali gus mahu memartabatkan muzik tradisional Sarawak.

54 pemain sape di Sarawak catat nama dalam Malaysia Book of Records
Acara yang bermula pada Jumaat (15 Feb) dan berakhir hari ini (Ahad) menyaksikan seramai 51 lelaki serta tiga wanita memetik 59 melodi tradisional.