Untuk pertama kali teater kanak-kanak berkonsepkan bangsawan berjudul ‘Laba Sang Bijaksana’ bakal dipentaskan di ibu negara pada 18 dan 19 September ini.

Selain menjadi teater kanak-kanak bangsawan pertama, teater yang dibawakan oleh ahli kumpulan Citra Cilik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini turut menggabungkan persembahan boneka di dalam teater.

Laba Sang Bijaksana dibintangi oleh 39 orang kanak-kanak berumur dari enam sehingga 13 tahun.

Laba Sang Bijaksana ditulis dan diarah oleh Noor Hashimi Hassan yang menceritakan kisah kebijaksanaan Putera Malim Indera yang suka memberi teka-teki.

Menurut Pegawai Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Azimin Daud teater ini akan dipentaskan selama dua hari secara percuma.

“Laba Sang Bijaksana akan dipentaskan di Auditorium DBP pada 18 September 3 petang dan 19 September 8:30 malam.

Tiket adalah percuma” kata Azimin.

Sebelum ini, kumpulan Citra Cilik DBP pernah terlibat di dalam satu pementasan teater perdana yang berjudul Sandera adaptasi karya Sasterawan Negara Arenawati.


Teater Kanak Kanak
Laba Sang Bijaksana dibintangi oleh 39 orang kanak-kanak berumur dari enam sehingga 13 tahun