Warganet atau 'netizen' rata-rata memuji tindakan Azad dan pasukan 3 Pagi Era yang secara tiba-tiba hari ini memilih untuk bersedekah dan 'berkenduri' di gerai berkenaan.
Azad sebelum itu ketika bersiaran di radio Era mengumumkan niatnya untuk membelanja makan sebagai manifesto selebriti dan pengacara terkenal yang tidak tercalon dalam mana-mana anugerah.
"Hari ini aku nak umum manifesto.
"Walau pun tidak pernah tercalon, sempena hari Jumaat, hari ini juga aku nak belanja makan!" kata Azad yang memecah keheningan pagi para pendengar 3 Pagi Era.
Video ketika berada di kedai makan nyata menarik perhatian apabila Azad yang terkenal dengan gurauan dan berseleroh dengan loghat utara itu membuat pengumuman bahawa semua pelanggan yang berada di kedai makan secara percuma.
“Tambah…tambah semua!"
“Hari ini makan saya belanja tau, resit semua dah ada di sana, ‘don’t worry’, bagi perut kenyang sahaja,” kata Azad kepada pelanggan yang sedang menikmati juadah makan tengahari.
Pengacara dan selebriti yang tidak tercalon dalam mana-mana anugerah itu adalah salah seorang daripada 'trio prolifik' radio nombor satu Malaysia bersama Nabil Ahmad dan Radin bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, 6 pagi hingga 10 pagi.