NEW YORK: Panel juri di sebuah mahkamah di New York mendapati pelakon Marvel Jonathan Majors bersalah atas tuduhan menyerang bekas teman wanitanya awal tahun ini.
Keputusan itu dicapai oleh panel enam juri selepas perbincangan empat jam dalam tempoh tiga hari.
Mahkamah menetapkan 6 Februari 2024 sebagai tarikh sebutan semula kes dan Majors menghadapi hukuman penjara selama setahun.
Sebelum ini Majors menghadapi empat tuduhan menyerang Grace Jabbari yang ditemui tidak sedarkan diri dalam rumah mereka pada 25 Mac lalu.
Dia mengaku tidak bersalah atas kesemua tuduhan berkenaan.
Dalam keterangannya di mahkamah, Jabbari mendakwa serangan itu bermula di dalam sebuah kereta selepas mendapati Majors berlaku curang.
Ketika itu, Majors menerima pesanan ringkas dari seorang wanita lain dan apabila Jabbari cuba mengambil telefon bimbit tertuduh, dia telah diserang beberapa kali.
Jabbari mendakwa dia juga ditarik masuk ke dalam kereta selepas cuba melarikan diri.
Namun peguam Majors, Priya Chaudhry mendakwa Jabbari yang menyerang Majors di dalam kereta berekaan selepas mendapati baju Majors terkoyak.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga menunjukkan Jabbari berlari ke arah Majors selepas tertuduh keluar dari kereta berkenaan.
Kad kredit Majors juga didapati digunakan Jabbari di sebuah kelab malam untuk membeli alkohol selepas insiden dalam kereta itu berlaku.
Majors dikatakan telah tidur di sebuah hotel selepas meninggalkan kereta berkenaan dan apabila pulang ke rumahnya pada keesokkan hari, dia mendapati Jabbari tidak sedarkan diri dan terus memanggil 911.
Astro Awani
Mon Dec 18 2023
Jonathan Majors ketika tiba di Mahkamah Jenayah Manhattan di New York, AS. - Foto REUTERS
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Pelakon Marvel Jonathan Majors didapati bersalah serang bekas teman wanita
Mahkamah menetapkan 6 Februari 2024 sebagai tarikh sebutan semula kes dan Majors menghadapi hukuman penjara selama setahun.