Pelakon Britain terkenal, Dame Judi Dench dijangka akan tiba ke Malaysia petang ini.
Judi, 84, yang pernah membawa watak Ketua Biro Risikan British, M16 iaitu M dalam filem Golden Eye dan terakhir dalam Skyfall bakal tiba bersama pengarah dokumentari Britain terkenal, Anthony Geffen.
Dench dijadualkan tiba dengan pesawat British Airways sekitar pukul 5.30 petang ini. Beliau dipercayai akan ke Kota Kinabalu, Sabah petang ini dengan penerbangan Malaysia Airlines pada pukul 7.55 malam ini.
Dench dan Geffen pernah berkolaborasi dalam menghasilkan dokumentari TV, My Passion for Trees pada tahun 2017.
Geffen pernah dilaporkan menyuarakan hasrat untuk mengarahkan sebuah dokumentari berkisar kisah sebenar Gua Tham Luang yang membabitkan pemain bola remaja Thailand di Chiang Mai, tahun lalu.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]
Astro Awani
Mon Apr 01 2019
![Pelakon 'James Bond' Judi Dench tiba di Malaysia petang ini? Pelakon 'James Bond' Judi Dench tiba di Malaysia petang ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41554100448_DameJudiDench.jpg)
Judi Dench dijangka tiba ke Malaysia pada pukul 5.30 petang ini. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pelakon 'James Bond' Judi Dench tiba di Malaysia petang ini? Pelakon 'James Bond' Judi Dench tiba di Malaysia petang ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41554100448_DameJudiDench.jpg)
Pelakon 'James Bond' Judi Dench tiba di Malaysia petang ini?
Pelakon Britain terkenal, Dame Judi Dench dijangka akan tiba ke Malaysia petang ini.