PELAKON, Intan Najuwa selamat melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman, 39, pada Jumaat.
Selain perkahwinan Intan, satu lagi perkara yang menarik perhatian netizen adalah wanita yang sentiasa berada di sisi Intan sepanjang akad nikah berlangsung.
Difahamkan yang berjalan membawa Intan ke atas pelamin dan duduk bersama-sama dengannya itu merupakan ibu kepada Intan.
Rata-rata netizen memuji kecantikan ibu Intan selain mengatakan wanita itu juga kelihatan muda.
Untuk info, Intan selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada jam 6:45 petang Jumaat.
Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd Wahid, 26, telah selamat dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr Hj Nooh Gadot di majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah resort di Pantai Desaru
Terdahulu, tular dakwaan mengatakan Intan mengikat tali pertunangan bersama seorang individu berstatus Datuk di kediaman keluarganya di Johor Bahru, Johor.
Sebelum ini, Intan pernah bertunang dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019, namun hubungan terputus di tengah jalan disebabkan tiada persefahaman.
Kredit foto: @cstproduction
*Artikel disiarkan di Gempak
Gempak
Sat Aug 19 2023

Intan selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada jam 6:45 petang Jumaat. - Foto @cstproduction

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.

Pelakon Intan Najuwa selamat berkahwin dengan ahli perniagaan
Pelakon, Intan Najuwa selamat melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman.

Adakah saksi juga penjenayah, soal Intan Najuwa
Menerusi beberapa posting di yang dimuat naik di Insta Stories, laman Instagram miliknya, Intan mempersoalkan adakah saksi di mahkamah termasuk sebagai penjenayah.