"Panggil saya Caitlyn."

Itu kapsyen muka depan edisi terbaharu majalah fesyen terkemuka 'Vanity Fair' yang memaparkan penampilan seorang yang dahulunya dikenali sebagai Bruce Jenner.

Bruce, bekas atlet Olimpik Amerika Syarikat, pada Selasa dengan rasminya mendedahkan penampilannya sebagai seorang wanita.

Serentak itu juga, akaun Twitter Caitlyn mencipta sejarah dengan beroleh lebih satu juta pengikut dalam masa empat jam

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, tidak ketinggalan memuat naik status di Twitter menyokong keputusan Bruce.

Malah rakan-rakan artis, antaranya Lady Gaga, Sam Smith dan ramai lagi, turut memberikan reaksi positif.


I ❤️ Caitlyn!!!!

A photo posted by Miley Cyrus (@mileycyrus) on