Mengangkat penceritaan mengenai salasilah bandar raya Kuala Lumpur (KL), teater muzikal 'MUD: The Story of Kuala Lumpur Since 1857' bakal memasuki ulang tahun kedua pada 21 Jun ini.
Berbeza dengan pementasan asal arahan Amsalan Doraisingam, teater muzikal itu kali ini diarahkan sendiri oleh Puan Seri Tiara Jacquelina selaku Presiden Enfiniti Vision Media yang telah menjayakan karya itu sejak 2014 dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menurut Tiara, pementasan versi terbaharu itu lebih menampilkan latar belakang masyarakat majmuk di negara ini yang menyaksikan detik sejarah dan perubahan Kuala Lumpur sehingga maju pada hari ini.
Malah beliau turut menampilkan beberapa lagu yang rancak dan bertenaga serta menyelitkan runut bunyi tradisional dan skrip lucu bagi memberi suasana ceria kepada penonton.
"Pengisian teater versi terbaru ini lebih menonjolkan pengalaman penduduk asal berhadapan dengan perubahan Kuala Lumpur contohnya musibah seperti banjir besar yang melanda serta peristiwa kebakaran besar yang pernah berlaku.
"Peristiwa seperti ini tidak semua penduduk Kuala Lumpur tahu jadi kita bawakan untuk membuka mata orang ramai tentang kepayahan penduduk dahulu berhadapan pelbagai ujian getir sehingga menjadikan Kuala Lumpur lebih maju," katanya selepas di temu bual dalam program Bernama Today di sini, pada Khamis.
Lebih menarik, Tiara berkata pementasan itu juga memberi peluang kepada penonton merasai sendiri pengalaman menjadi sebahagian penduduk asal Kuala Lumpur dengan berinteraksi dengan pelakon di pentas.
"Kita akan bawa sekali penonton terutama pelancong asing untuk naik ke pentas bersama-sama memasak dan rewang serta menikmati makanan yang dihidang.
"Pengalaman ini pasti indah untuk mereka bawa pulang," katanya yang mengambil masa sembilan bulan menyelidik fakta sejarah Kuala Lumpur sebelum menjayakan pementasan tersebut.
Tiara turut menyeru anak muda di Kuala Lumpur untuk bersama-sama menonton pementasan teater muzikal itu bagi mempelajari sejarah ibu kota melalui pendekatan teater.
Sejak bermula pada 2014, lebih 1,200 pementasan telah dilakukan dan membawa lebih 30,000 penonton termasuk pelancong dari dalam dan luar negara menyaksikan kisah Kuala Lumpur.
Sejumlah 38 pelakon dan tenaga produksi terlibat dalam pementasan berdurasi satu jam itu yang ditayangkan dua sesi sehari pada pukul 3 petang dan 8.30 malam di Panggung Bandaraya DBKL di sini.
Untuk tempahan tiket dan maklumat lanjut mengenai teater muzikal MUD, layari laman web www.mudkl.com.
Bernama
Fri May 20 2016
Pementasan versi terbaharu itu lebih menampilkan latar belakang masyarakat majmuk di negara ini dan perubahan Kuala Lumpur pada hari ini. -Gambar fail/Bernama
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
[TERKINI] Mayat lelaki bertatu ditemukan terapung dekat Bandar Sunway
Mayat seorang lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang bersebelahan Tanah Perkuburan Bukit Tandang PJS 1, Bandar Sunway, Subang, pada lewat Khamis.
Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi Ipoh pada Jumaat bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) diberikan kepada mangsa berkenaan.
Mohammad Nor Shazree Shahrun Nizam, 31, membuat kenyataan itu ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Afzainizam Abdul Aziz pada hari keempat perbicaraan kes seorang pegawai kanan polis didakwa membunuh seorang pelajar sekolah menengah pada Disember tahun lepas.
Mohammad Nor Shazree Shahrun Nizam, 31, membuat kenyataan itu ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Afzainizam Abdul Aziz pada hari keempat perbicaraan kes seorang pegawai kanan polis didakwa membunuh seorang pelajar sekolah menengah pada Disember tahun lepas.
Tumpuan Sabtu – 9 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Wanita dkhuatiri lemas, motosikal ditemui di tebing sungai
Seorang pembantu kedai makan dikhuatiri lemas selepas dilapor terjatuh dalam Sungai Titi Haji Idris di Alor Setar, Kedah pada Jumaat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 8 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mayat lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang, Bandar Sunway
Mayat seorang lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang bersebelahan Tanah Perkuburan Bukit Tandang PJS 1, Bandar Sunway, Subang, dekat sini, semalam.
Pahit getir Kuala Lumpur sejak 1857 rencah teater muzikal Mud - Tiara Jacquelina
Pementasan versi terbaharu itu lebih menampilkan latar belakang masyarakat majmuk di negara ini yang menyaksikan detik sejarah dan perubahan Kuala Lumpur sehingga maju pada hari ini.