Filem ‘Birdman’ menang besar di Anugerah Akademi ke-87 yang juga merupakan kemuncak musim anugerah di Hollywood.

‘Birdman’ membawa pulang empat anugerah termasuk Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik.

Ia sekaligus membawa kemenangan besar kepada pengarah asal Mexico Alejandro Gonzalez yang membawa pulang tiga daripada empat trofi milik filem itu.


Birdman
Salah satu babak dalam filem 'Birdman'
'Birdman' pernah menang Filem Terbaik di Anugerah Golden Globe Januari lalu, mengisahkan seorang aktor bernama Riggan Thomson (lakonan Michael Keaton) yang terkenal dengan lakonannya sebagai ikon adiwira yang terpaksa mempertahankan ego demi mendapatkan kehidupan lebih baik buat keluarga, kerjaya dan dirinya.

Untuk kategori lakonan, Eddie Redmayne dari Britain menang kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem “The Theory of Everything” manakala Julianne Moore menang kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem “Still Alice.”

Pelakon Pembatu Lelaki Terbaik dimenangi J.K. Simmons menerusi “Whiplash”.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau menyeru orang ramai untuk terus berhubung bersama ibu bapa mereka.

Kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dimenangi Patricia Arquette menerusi filem “Boyhood”.

Beliau tampil dengan mesej keras dalam ucapannya yang mahukan persamaan gaji di antara lelaki dan wanita.

Skor Muzik Asal Terbaik dimenangi filem “The Grand Budapest Hotel” Alexandre Desplat manakala Lagu Terbaik dimenangi lagu “Glory” ciptaan John Stephens & Lonnie Lynn.

Acara tiga setengah jam itu dikendalikan oleh pelakon popular Neil Patrick Harris.

NPH
Neil Patrick Harris pengacara bagi Anugerah Akademi ke-87.

Dengan kejayaan Ellen DeGeneres selaku hos pada tahun lepas, Harris tampil dengan gaya dan gimik tersendiri.

Jikalau DeGeneres tampil dengan segmen “selfie”, Harris membuka majlis dengan monolog ala muzikal yang berjaya menghiburkan penonton di Dolby Theatre sambil menyindir empat kategori lakonan dimonopoli oleh pelakon berkulit putih.

Selain itu, beliau juga tampil dengan memakai hanya seluar dalam ketika memberi penghormatan untuk filem "Birdman."

Anugerah Akademi turut dimeriahkan dengan beberapa persembahan.

Lady Gaga tampil beza dengan medley lagu-lagu dari filem “The Sound of Music”. Ia terus mendapat pujian dari penyanyi asal iaitu Julie Andrews.

Penyanyi Jennifer Hudson dan Adam Levine turut membuat persembahan.

Berikut adalah senarai penuh para pemenang. Adakah ia tepati ramalan anda?

Filem Terbaik
• American Sniper
• Birdman (PEMENANG)
• Boyhood
• The Grand Budapest Hotel
• The Imitation Game
• Selma
• The Theory of Everything
• Whiplash

Pengarah Terbaik
• “Birdman (The Unexpected Virtue of Ignorance)” arahan Alejandro González Iñárritu (PEMENANG)
• “Boyhood” arahan Richard Linklater
• “Foxcatcher” arahan Bennett Miller
• “The Grand Budapest Hotel” arahan Wes Anderson
• “The Imitation Game” arahan Morten Tyldum


jk simmons
Barisan pemenang Oscar, (dari Kiri) JK Simmons, Patricia Arquette, Julianne Moore dan Eddie Redmayne


Pelakon Lelaki Terbaik
• Steve Carell - Foxcatcher
• Bradley Cooper - American Sniper
• Benedict Cumberbatch - The Imitation Game
• Michael Keaton - Birdman (The Unexpected Virtue of Ignorance)
• Eddie Redmayne - The Theory of Everything (PEMENANG)

Pelakon Wanita Terbaik
• Marion Cotillard - “Two Days, One Night”
• Felicity Jones -“The Theory of Everything”
• Julianne Moore - “Still Alice” (PEMENANG)
• Rosamund Pike - “Gone Girl”
• Reese Witherspoon - “Wild”

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
• Robert Duvall - “The Judge”
• Ethan Hawke -“Boyhood”
• Edward Norton - “Birdman (The Unexpected Virtue of Ignorance)”
• Mark Ruffalo - “Foxcatcher”
• J.K. Simmons - “Whiplash” (PEMENANG)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
• Patricia Arquette - “Boyhood” (PEMENANG)
• Laura Dern - “Wild”
• Keira Knightley - “The Imitation Game”
• Emma Stone - “Birdman (The Unexpected Virtue of Ignorance)”
• Meryl Streep - “Into the Woods”


lady gaga
Aksi Lady Gaga ketika membuat persembahan lagu 'The Sounds Of Music'


Filem Animasi Terbaik
• Big Hero 6 (PEMENANG)
• The Boxtrolls
• How to Train Your Dragon 2
• Song of the Sea
• The Tale of the Princess Kaguya

Sinematografi Terbaik
• “Birdman or (The Unexpected Virtue of Ignorance)” Emmanuel Lubezki (PEMENANG)
• “The Grand Budapest Hotel” Robert Yeoman
• “Ida” Lukasz Zal and Ryszard Lenczewski
• “Mr. Turner” Dick Pope
• “Unbroken” Roger Deakins

Rekaan Kostum Terbaik
• “The Grand Budapest Hotel” Milena Canonero (PEMENANG)
• “Inherent Vice” Mark Bridges
• “Into the Woods” Colleen Atwood
• “Maleficent” Anna B. Sheppard, Jane Clive
• “Mr. Turner” Jacqueline Durran

Dokumentari Terbaik
• Citizen Four (PEMENANG)
• Finding Vivian Maier
• Last Days in Vietnam
• The Salt of the Earth
• Virunga

Dokumentari Subjek Pendek Terbaik
• Crisis Hotline: Veterans Press 1 - Ellen Goosenberg Kent ,Dana Perry (PEMENANG)
• Joanna -Aneta Kopacz
• Our Curse -Tomasz Sliwinski, Maciej Slesicki
• The Reaper (La Parka) -Gabriel Serra Arguello
• White Earth -J. Christian Jensen

Suntingan Terbaik
• “American Sniper” Joel Cox, Gary D. Roach
• “Boyhood” Sandra Adair
• “The Grand Budapest Hotel” Barney Pilling
• “The Imitation Game” William Goldenberg
• “Whiplash” Tom Cross (PEMENANG)

Filem Bahasa Asing Terbaik
• “Ida” Poland (PEMENANG)
• “Leviathan” Russia
• “Tangerines” Estonia
• “Timbuktu” Mauritania
• “Wild Tales” Argentina

Solekan dan Tata Rambut Terbaik
• “Foxcatcher” Bill Corso & Dennis Liddiard
• “The Grand Budapest Hotel” Frances Hannon & Mark Coulier (PEMENANG)
• “Guardians of the Galaxy” Elizabeth Yianni-Georgiou & David White

Skor Muzik Asal Terbaik
• “The Grand Budapest Hotel” Alexandre Desplat (PEMENANG)
• “The Imitation Game” Alexandre Desplat
• “Interstellar” Hans Zimmer
• “Mr. Turner” Gary Yershon
• “The Theory of Everything” Jóhann Jóhannsson

Lagu Terbaik
• “Everything Is Awesome” dari filem “The Lego Movie” (Shawn Patterson)
• “Glory” dari filem “Selma” (John Stephens & Lonnie Lynn) (PEMENANG)
• “Grateful” dari filem “Beyond the Lights” (Diane Warren)
• “I’m Not Gonna Miss You” dari filem “Glen Campbell…I’ll Be Me” (Glen Campbell & Julian Raymond)
• “Lost Stars” dari filem “Begin Again” (Gregg Alexander & Danielle Brisebois)

Rekaan Produksi Terbaik
• “The Grand Budapest Hotel” (PEMENANG)
• “The Imitation Game”
• “Interstellar”
• “Into the Woods”
• “Mr. Turner”

Filem Pendek Animasi Terbaik
• “The Bigger Picture”
• “The Dam Keeper”
• “Feast” (PEMENANG)
• “Me and My Moulton”
• “A Single Life”

Filem Pendek Aksi Terbaik
• “Aya” Oded Binnun, Mihal Brezis
• “Boogaloo and Graham” Michael Lennox, Ronan Blaney
• “Butter Lamp (La Lampe Au Beurre De Yak)” Hu Wei, Julien Féret
• “Parvaneh” Talkhon Hamzavi, Stefan Eichenberger
• “The Phone Call” Mat Kirkby, James Lucas (PEMENANG)

Suntingan Bunyi Terbaik
• “American Sniper” Alan Robert Murray, Bub Asman (PEMENANG)
• “Birdman (The Unexpected Virtue of Ignorance)” Martín Hernández, Aaron Glascock
• “The Hobbit: The Battle of the Five Armies” Brent Burge, Jason Canovas
• “Interstellar” Richard King
• “Unbroken” Becky Sullivan, Andrew DeCristofaro

Adunan Bunyi Terbaik
• “American Sniper” John Reitz, Gregg Rudloff ,Walt Martin
• “Birdman or (The Unexpected Virtue of Ignorance)” Jon Taylor, Frank A. Montaño, Thomas Varga
• “Interstellar” Gary A. Rizzo, Gregg Landaker, Mark Weingarten
• “Unbroken” Jon Taylor, Frank A. Montaño, David Lee
• “Whiplash” Craig Mann, Ben Wilkins,Thomas Curley (PEMENANG)

Kesan Khas Terbaik
• “Captain America: The Winter Soldier” Dan DeLeeuw, Russell Earl, Bryan Grill, Dan Sudick
• “Dawn of the Planet of the Apes” Joe Letteri, Dan Lemmon, Daniel Barrett , Erik Winquist
• “Guardians of the Galaxy” Stephane Ceretti, Nicolas Aithadi, Jonathan Fawkner , Paul Corbould
• “Interstellar” Paul Franklin, Andrew Lockley, Ian Hunter, Scott Fisher (PEMENANG)
• “X-Men: Days of Future Past” Richard Stammers, Lou Pecora, Tim Crosbie, Cameron Waldbauer

Lakonlayar Adaptasi Terbaik
• “American Sniper” -Jason Hall
• “The Imitation Game” -Graham Moore (PEMENANG)
• “Inherent Vice” -Paul Thomas Anderson
• “The Theory of Everything” - Anthony McCarten
• “Whiplash” - Damien Chazelle

Lakonlayar Asal Terbaik
• “Birdman or (The Unexpected Virtue of Ignorance)” - Alejandro González Iñárritu, Nicolás Giacobone, Alexander Dinelaris, Jr. & Armando Bo (PEMENANG)

• “Boyhood” - Richard Linklater
• “Foxcatcher” - E. Max Frye, Dan Futterman
• “The Grand Budapest Hotel” - Wes Anderson, Wes Anderson & Hugo Guinness
• “Nightcrawler” - Dan Gilroy