ISTANBUL: 'Oppenheimer' memenangi Filem Terbaik, dengan pengarahnya, Christopher Nolan, turut dinobatkan Pengarah Terbaik di Anugerah Akademi (Oscar) ke-96 di Los Angeles pada lewat Ahad.

Menurut Agensi Anadolu (AA), 'Oppenheimer' meraih tujuh anugerah termasuk Pelakon Lelaki Terbaik disandang Cillian Murphy, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dimenangi Robert Downey Jr dan Sinematografi Terbaik.

Filem biografi dramatik 'Oppenheimer' ditayangkan pada 2023, berkisar mengenai kehidupan J Robert Oppenheimer, ahli fizik Amerika Syarikat (AS) yang memainkan peranan penting dalam penciptaan bom atom.

Filem itu juga mendapat kejayaan komersial, meraih lebih US$900 juga dalam resit pecah panggung bagi tempoh empat bulan pertama selepas tayangan perdananya.

-- BERNAMA