Ringkasan AI
- OpenAI sedang membangunkan cip tersendiri untuk sistem kecerdasan buatan, bekerjasama dengan Broadcom dan TSMC.
- Langkah ini memberikan OpenAI alternatif kepada cip NVIDIA, mengurangkan kos dan meningkatkan kawalan dalam pembangunan.
- OpenAI merancang untuk memulakan pengeluaran cip dengan TSMC menjelang 2026 dan juga merancang menggunakan cip AMD dalam operasi mereka.
Dengan langkah ini, OpenAI akan mempunyai alternatif kepada akses cip, berbanding perlu bergantung NVIDIA sahaja.
Dengan perkembangan arena kecerdasan buatan, menjadi fokus utama juga adalah pembangunan infrastruktur dan juga cip untuk menyokongnya.
Dengan membangunkan sendiri, ia dijangka akan mengurangkan kos, serta membawa kepada lebih penjimatan dan kawalan ketika pembangunan dan pengenalan ciri-ciri baharu.
Hari ini, OpenAI bergantung kepada penawaran NVIDIA dalam menyediakan penawaran, mahu pun untuk melatih model-model kecerdasan buatan mereka tersendiri.
Mengikut laporan sama, OpenAI sedia mendapatkan sejumlah tenaga kerja khusus untuk pembangunan cip ini, selain menyasarkan pengeluaran menggunakan TSMC menjelang 2026 kelak.
Di samping pembangunan cip sendiri, OpenAI juga dilaporkan merancang menggunakan cip AMD dalam operasi pembangunan model kecerdasan buatan mereka. -Amanz