BARU-baru ini, ibu bapa Allahyarham Ashraf Sinclair meluangkan masa di Jakarta menziarahi pusara arwah sempena memperingati ulang tahun kelahiran anak mereka. 

Menerusi perkongsian ibu Allahyarham Ashraf, Khadijah Abdul Rahman, mereka sekeluarga menziarahi pusara arwah Ashraf Sinclair dan disertai oleh isteri arwah, Bunga Citra Lestari dan anaknya Noah.
 
Turut kelihatan ahli keluarga yang turut berada di pusara Allahyarham Ashraf yang terletak di Tanah Perkuburan San Diego Hills (San Diego Hills Memorial Park), Kerawang, Jawa Barat..

Tarikh ulang tahun kelahiran Allahyarham Ashraf Sinclair jatuh pada 18 September dan beliau menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Jakarta pada 18 Februari, 2020 pada usia 41 tahun. 

Bunga Citra Lestrai yang juga penyanyi serta pelakon terkenal Indonesia telah memuat naik gambar Allahyarham di Instagram dengan kapsyen menyatakan rasa rindunya terhadap Allahyarham Ashraf. 




Ibu arwah turut berkongsi momen-momen sebak ketika menziarahi pusara dan memaklumkan cucunya, Noah telah memimpin bacaan Yasin. Dia turut mendoakan agar arwah anak sulungnya itu ditempatkan di syurga Jannah.
 
Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya, Ashraf Daniel Mohamed Sinclair mendirikan rumah tangga dengan Bunga Citra Lestari pada November 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair, 12. 

Pada Februari 2019, Ashraf telah dilaporkan meninggal dunia ketika dalam tidur dan dipercayai mengalami serangan jantung.

Artikel asal ini diterbitkan di portal Pa & Ma