PENYANYI Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) membuat keputusan untuk kembali bekerja selepas kehilangan suaminya, pelakon kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair pada 18 Februari lalu.

Menurut Pegawai Perhubungan Media Relation Fullcolor, Rizky, BCL telah mengesahkan kehadirannya untuk muncul di konsert penyanyi antarabangsa Ronan Keating pada Sabtu ini.



“Ya BCL sudah mengesahkan akan meneruskan persembahan. Walaupun sedang berduka, BCL memastikan secara professional dirinya tetap tampil pada konsert itu,” katanya kepada Tribun News.

BCL akan berkolaborasi dengan Ronan Keating dan Christian Bautista di Pullman Central Park, Jakarta Barat.

Terdahulu, suami BCL, Ashraf telah dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4 pagi (waktu tempatan).

Allahyarham telah dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan anak lelaki bernama Noah berusia 10 tahun. - Sumber: Tribun News