Pasangan Nabil Ahmad dan Neelofa Mohd Nor mengambil keputusan untuk menarik diri daripada setiap percalonan yang diterima mereka dalam acara Anugerah Meletop Era 2019 (AME2019).
Keputusan itu dibuat oleh Nabil dan Neelofa kerana ingin memberi ruang kepada selebriti lain meraih anugerah dalam acara terbitan Astro itu.
Menurut Neelofa, sebelum membuat keputusan itu, dia dan Nabil terlebih dahulu mengadakan perbincangan dengan pihak stesen televisyen.
"Saya dan Nabil sudah berbincang terlebih dahulu bersama pihak pengurusan dan inilah masa terbaik untuk kami mengundur diri daripada pencalonan," katanya dalam sidang media Top5 pencalonan Meletop pada Selasa.
Dalam masa sama, Neelofa menegaskan, keputusan menarik diri daripada dicalonkan dalam AME2019 bukan gimik murahan.
Meskipun menarik diri daripada setiap pencalonan AME2019, Nabil dan Neelofa tetap akan menjadi pengacara buat anugerah berprestij itu.
AME2019 juga akan dimeriahkan dengan kehadiran seorang lagi pengacara terkenal, Jihan Muse.
Sementara itu, peminat-peminat boleh membuat undian menerusi laman web 'AME 2019' serta melalui kiriman SMS bermula 19 Mac jam 6 petang sehingga 21 April ini pukul 12 tengah hari
Anugerah Meletop Era akan berlangsung di Axiata Arena,Bukit Jalil pada 21 April ini.
Asyraf Roslan
Tue Mar 19 2019

Meskipun tarik diri daripada pencalonan AME2019, Nabil dan Neelofa tetap menjadi pengacara anugerah berprestij itu. - Gambar Astro AWANI
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

'Sorang tercekik tulang, sorang tercekik telur' - Misha Omar tenang jawab kritikan netizen
Foto tersebut telah menjadi perhatian netizen untuk meninggalkan komen kritikan serta perasaan tidak berpuas hati dengan persembahan mereka pada malam itu.