Menurut Nam Ron, isu yang lebih besar adalah ketidak-jelasan perlaksanaan tugas Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan bukannya bersifat peribadi.
Ikuti pandangan keseluruhan oleh pengarah Nam Ron:
Salam,
Ada beberapa persoalan timbul di sebalik isu perbalahan antara Syamsul Yusof dan Sharifah Amani yang memanggil aku untuk berkongsi pandangan mengenai ketidak-jelasan perlaksanaan tugas Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Sharifah Amani (Amani) seusai menonton filem KL Gangster 2 (KLG2) terus merasa bengang apabila melihat aksi-aksi yg baginya ganas dan tidak sesuai di pertontonkan kepada budak remaja telah bertindak menghantar kenyataan di Twitter tentang kewajaran LPF mengklasfikasikan filem ini untuk tontonan 13 tahun ke atas. Syamsul tidak senang dengan kenyataan yang dikeluarkan Amani telah melancarkan perang di Twitter.
KEWAJARAN.
Adalah wajar bagi Amani merasa marah kerana filem lakonannya Psiko Pencuri Hati (PPH) yang telah diklasfikasi 18 telah menghadkan penonton ke pawagam. Sebahagian besar penonton yang ke pawagam untuk menonton filem di Malaysia terdiri dari golongan remaja berbanding orang dewasa yang berkerja apatah lagi yang berkeluarga. Hampir semua penerbit mahu mendapatkan klasfikasi U kerana itu memastikan mereka tidak rugi malah mungkin akan menguntungkan. Diklasfikasikan 18 bagaikan tanda untuk merudumnya kutipan tiket di pawagam.
Wajar juga untuk Syamsul bengang dengan kenyataan Amani dan mengambilnya menjadi peribadi. Jika dilihat perjalanan anak muda berbakat besar ini menyiapkan pembikinan KLG2, pelbagai dugaan yang dia tempuhi dan yang terhebat adalah bila mana filem KLG2 bocor di internet disusuli dvd cetak rompak. Kenyataan Amani mempertikaikan klasfikasi KLG2 bagaikan satu serangan terhadap kerjanya. Anak muda berdarah panas pasti akan menyerang balas apabila terasa dirinya dicabar. Aku faham secara konsepnya, isu mempertikaikan klasfikasi KLG2 boleh mengancam penayangannya di pawagam di seluruh negara. Jika perkara ini diperbesarkan ada kemungkinan bencana lain bakal menimpa KLG2. Itu salah satu contoh ketidak-jelasan LPF. Lembaga ini boleh saja menukar dari ya kepada tidak atau sebaliknya. jadi wajar untuk Syamsul berasa gusar.
Bagi aku, pandangan Amani boleh dikatakan ikhlas kerana bukan dia yang membiayai filem PPH mahupun menanggung rugi tetapi penerbit dan produksi Filmmecca Studio. Bagi aku dia bersuara kerana merasakan perlaksanaan tugas LPF sungguh tidak jelas. Tidak hanya PPH malah beberapa filem lain turut jadi mangsa dengan ketidak-jelasan LPF. Isu ketidak-jelasan ini bukan baru malah sudah banyak kes yang mencabar kredibiliti LPF seperti isu filem The New Village, Tanda Putera, Lemak Kampung Santan itu antara yang sensasi malah banyak lagi yang diperkatakan tapi tidak disensasikan jadi ianya senyap begitu saja bersama gelak tawa di kedai mamak.
Sampai bilakah sandiwara ini akan berterusan atau dengan lebih tepat lagi sampai bilakah kita mahu membiarkan sandiwara ini berterusan. LPF harus secara jelas mengeluarkan dan mempamerkan garis panduan agar difahami oleh semua para pembikin dan pegeluar filem. Lebih penting lagi garis panduan itu juga digunapakai oleh LPF tanpa dipengaruhi oleh mana-mana kuasa dan kepentingan.
Aku juga tertarik untuk membandingkan klasfikasi filem Langgar dan KLG2 genre yang sama ganas, persoalannya kenapa Langgar diklasfikasi 18 sedangkan KLG2 diklasfikasi 13? Aku sebagai pembikin turut inginkan jawapan bagaimana boleh wujud perbezaan klasfikasi begini? Sesiapa tolong jelaskan?
Aku berharap agar Syamsul dan Datuk Yusof jangan menganggap ini sebagai serangan terhadap KLG2, yang dituntut cuma keadilan dalam perlaksanan tugas LPF. Bagi aku, Syamsul Yusof ialah pengarah filem aksi padat terbaik yang Malaysia miliki. Jadi bagi yang meminati filem aksi padat segeralah ke pawagam berdekatan anda untuk menonton KLG2.