Anak perempuan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Sri Noorainee Abd Rahman, Najwa, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Idris Koh Keng Hui di kediaman rasmi timbalan perdana menteri, Sri Satria di sini hari ini.
Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan pada majlis yang berlangsung pada 11.40 pagi, di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya Abdul Manaf Mat dan Khatib Dr Sirajuddin Suhaimee.
Najwa berusia 28 tahun manakala pasangannya 29 tahun.
Majlis pernikahan ringkas namun meriah dihadiri kira-kira 300 jemputan yang terdiri daripada ibu dan bapa pengantin lelaki, Puan Chiam Juat Wah dan Encik Koh Lai Poo, anggota keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan sahabat handai.
Sementara itu, Muhyiddin dalam catatan di akaun Facebook miliknya menzahirkan rasa syukur atas majlis yang telah berlangsung hari ini, yang diiringi doa agar rumah tangga anak ketiganya itu beroleh kebahagiaan.
"Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana baru selesai tadi acara akad anak perempuan saya Najwa dengan pasangannya Idris Koh Keng Hui.
"Kepada Idris dan Najwa, selamat menempuh alam rumahtangga. Najwa, jadilah seorang isteri yang solehah, berilah ketaatan kepada suami, jagalah budi pekerti dan akhlak sebagai seorang isteri serta taatilah Allah sepanjang hidupmu.
"Ayah dan Mama telah mendidik dan mengasuh sebaik mungkin untuk menjadikan Najwa anak yang solehah dan berjaya.
"Ayah dan Mama mendoakan semoga Allah memberikan ketabahan, ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu berdua hingga ke syurga".
Dalam catatannya, Muhyiddin turut memuat naik beberapa keping gambar pada majlis pernikahan itu.
Bernama
Thu Mar 26 2015
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menikahkan sendiri anak perempuannya, Najwa, 28, dengan pasangannya Idris Koh Keng Hui, 29, di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Abdul Manaf Mat pada majlis akad nikah pasangan itu di Seri Satria.
Pekerja dobi didakwa cedera anak tiri dengan dumbel
Seorang pekerja kedai dobi didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap anak tirinya dengan menggunakan dumbel.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan langkah waspada terhadap kadar faedah Fed
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman.
Arif Aiman, Tommy digantung tiga perlawanan
FAM telah menjatuhkan hukuman gantung tiga perlawanan kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada.
Kepengerusian ASEAN: Malaysia tekankan penderitaan pelarian Rohingya - Mohamad Hasan
Malaysia juga komited untuk memastikan isu berkenaan mendapat perhatian sewajarnya di peringkat ASEAN.
Kerajaan sasar kadar NRW turun 28.8 peratus menjelang 2030
Kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan penghasilan air tidak berhasil (NRW) kebangsaan kepada 28.8 peratus menjelang 2030.
Penggunaan sistem 'autogate' di KLIA tak kompromi keselamatan - Saifuddin
Penggunaan sistem pagar automatik (autogate) di pintu masuk Malaysia yang diperluaskan kepada pengembara dari 63 buah negara tidak kompromi keselamatan.
Lawatan sulung ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion - PM Anwar
Lawatan sulung Perdana Menteri ke Brazil berjaya hasilkan potensi eksport sebanyak RM6.8 bilion bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
“Seperti satu kegagalan kerana tiada anak” - Michelle Yeoh
"Saya berusia 62 tahun. Sudah tentu, saya tidak akan mempunyai bayi sekarang."
Anggota Abba Bjorn Ulvaeus kahwini pasangan
Anggota kumpulan Abba Bjorn Ulvaeus telah berkahwin dengan pasangannya Christina Sas dalam satu majlis yang dikendalikan oleh hos program "QI," Sandi Toksvig, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Putera Mateen ucap Selamat Tahun Baharu 2024, Bandar Seri Begawan mula meriah!
Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah mengucapkan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2024.
'Pi mai pi mai tang tu', Sabri Yunus, Angeline Tan kini suami, isteri
Pelakon yang popular menerusi siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Sabri Yunus dan Angeline Tan kini bergelar suami isteri.
Musa Hassan kahwini Qistina Lim
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bernama Qistina Lim.
ADUN Pengkalan Kubor selamat dirikan rumah tangga
Calon Pas yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada pilihan raya negeri (PRN), Sabtu lalu, selamat mendirikan rumah tangga kali kedua dengan pasangannya, Selasa lalu.
Sah Noh Salleh, Fatin Athira kahwin 23 September
Noh Salleh akan menamatkan zaman dudanya dengan tunangannya, Fatin Athira Mustapa pada 23 September depan.
Michelle Yeoh, Jean Todt berkahwin selepas 19 tahun bertunang
Tan Sri Michelle Yeoh dan tunang, Jean Todt mengambil masa 6,992 hari, menyamai tempoh 19 tahun untuk berkahwin.
Datuk Bandar Mexico kahwini buaya sempena pesta menuai
Buaya berusia 7 tahun itu dan diberi nama 'Little Princess' dipercayai mewakili dewi berkaitan dengan alam semula jadi.
Anak Eminem, Alaina Scott berkahwin
Berita gembira itu dikongsi Scott sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.
Menghitung hari bergelar suami, Syafiq Kyle selami ilmu rumah tangga
Bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi, pelakon terkenal Syafiq Kyle mengaku merasai debaran dan kini dalam proses menghitung hari bergelar suami kepada pelakon Mimi Lana.