Low Thiam Wun, 42, didakwa melakukan perbuatan itu ke atas Yu Wei Ting, 17, dengan menggunakan satu alat senaman jenis dumbel di sebuah kondominium di Jalan Putra, Dang Wangi di sini pada 10 malam, 9 Nov lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip mencadangkan jaminan RM18,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh tidak mendekati atau mengganggu mangsa.
Peguam Minnie Chew yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya menanggung keluarga termasuk isteri dan dua anak yang masih belajar.
Hakim Siti Shakirah Mohtarudin membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 12 Dis ini untuk sebutan kes.
-- BERNAMA