Pelakon Nadia Aqilah mencipta sejarah tersendiri di Anugerah Seni BOH Cameronian yang berlangsung malam tadi di Sunway, Petaling Jaya.
Pelakon itu memenangi dua anugerah dalam kategori lakonan teater muzikal, sebagai Pelakon Utama Terbaik menerusi produksi The Last Five Years dan Pelakon Pembantu Terbaik menerusi produksi P.Ramlee The Musical (Season 3).
Sementara itu, dalam kategori teater, pelakon Ameera Ramlee memenangi anugerah Pelakon Utama Terbaik menerusi produksi Lembu dan Amerul Affendi diangkat sebagai Pelakon Pembantu Terbaik menerusi produksi AsramaRA AllStars.
Anugerah Seni BOH Cameronian ke-12 memberi pengiktirafan kepada penggiat-penggiat seni persembahan tanah air untuk karya tahun 2014.
Dianjurkan oleh BOH Plantations Sdn. Bhd. dan Kakiseni, Anugerah Seni BOH Cameronian Ke-12 membawa kembali kegemilangan 1980an dengan kebangkitan dalam industri seni persembahan tanah air melalui pengiktirafan 5 lagenda, 141 pencalonan dan 44 anugerah dalam kategori tarian, muzik, teater, teater muzikal dan yang terbaru, kategori Junior Cammies.
Majlis gilang-gemilang ini turut diserikan oleh tetamu dan selebriti seperti Dato’ Rahim Razali, Puan Sri Tiara Jacquelina, Datin Sofia Jane, Sharifah Amani, Nadia Aqilah, Carmen Soo, Iedil Putra, Ashraf Zain, Megat Sharizal, Tuan Faisal Azmy, Sherry Al-Hadad, dan Redza Minhat (Projek Disko Baldi).
Majlis anugerah kali ini turut memberi penghormatan kepada artis-artis yang berjaya menghidupkan industri seni persembahan di dalam era 1980an sehingga kini. Antara lagenda-lagenda tersebut termasuklah Chin San Sooi, Normah Nordin (A.M.N), Dato’ Rahim Razali, Datin Marion D’Cruz dan Dato’ Faridah Merican.
Mereka merupakan tokoh-tokoh yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan seni persembahan di Malaysia terutamanya di dalam bidang tarian, lakonan, pengarahan, penulisan, nyanyian dan akademik – dan lagenda ini semua juga masih aktif di dalam industri seni persembahan. Tokoh-tokoh ini semua wajar dijadikan contoh kepada generasi masa kini yang masih bersemangat untuk mengemudi haluan kerjaya mereka dan memerlukan bimbingan mereka yang sudah berjaya.
"Anugerah Seni BOH Cameronian telah berkembang menjadi salah satu acara yang berharga dan disegani khususnya dalam industri seni persembahan di Malaysia. BOH amat berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada peristiwa yang penting ini dan juga berpeluang untuk bekerjasama dengan begitu ramai artis-artis yang berbakat.
"Pengiktirafan yang sewajarnya juga harus diberikan kepada rakan kami di Kakiseni, yang terus menyumbang tenaga, semangat dan idea-idea baru untuk memastikan acara ini menjadi sesuatu yang menyeronokkan dan menggembirakan di kalangan penggiat-penggiat seni tanahair. Ia merupakan satu perjalanan yang begitu berharga sekali apabila menyaksikan Anugerah ini berkembang setiap tahun. Dengan penyertaan baru iaitu Junior Cammies untuk mengiktiraf pementasan sekolah menengah, kami berharap ia dapat menyediakan suatu platform untuk memastikan industri seni persembahan terus kekal dan berdaya maju apabila kita memberi galakan kepada bakat yang baru dan muda.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang dan calon-calon di atas kerja keras dan dedikasi anda semua. Ia menjadi harapan kami bahawa Anugerah Seni BOH Cameronian terus memupuk bakat yang bakal membangunkan industri seni persembahan Malaysia, "kata Caroline Russell, Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantations Sdn Bhd.
Pada masa yang sama, Anugerah Seni BOH Cameronian Ke-12 juga memberi pengiktirafan tertinggi untuk Penerima Anugerah INSPIRASI BOH Cameronian buat pertama kalinya kepada “Five Arts Centre” yang menjadi sumber inspirasi dalam menghasilkan pelbagai hasil kerja dalam teater, tarian, muzik, seni visual dan teater orang muda bermula sejak 30 tahun yang lalu dan terus memainkan peranan penting dalam membentuk identiti seni persembahan di Malaysia.
“Malam ini bukan hanya untuk mengiktiraf kecemerlangan yang tercipta pada tahun 2014 tetapi menjadi satu malam yang memastikan bahawa kita bersedia untuk masa akan datang, untuk generasi yang seterusnya. Daripada Junior Cammies untuk memberi inspirasi kepada generasi artis muda yang akan datang, kepada memberi pengiktirafan kepada lagenda-lagenda supaya cerita-cerita yang agung ini dapat dikongsi dan didokumentasi,” kata Low Ngai Yuen, Presiden Kakiseni.
Anugerah Seni BOH Cameronian ke-12 telah dinilai dan dihakimi oleh panel-panel juri bebas yang terdiri daripada penggiat-penggiat seni tersohor di dalam industri seni persembahan.
PricewaterhouseCoopers (PwC) merupakan badan bebas yang mengendalikan pengiraan undi untuk Anugerah Seni BOH Cameronian kali ini.
Anugerah Seni BOH Cameronian ini mendapat sokongan penuh oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Anugerah ini juga disokong oleh BOH Plantations Sdn Bhd, PwC, Alexis Bistro, Prudential Assurance Malaysia Berhad, Borders Malaysia, Deromp, Soju Sunway, M.A.C. Cosmetics, A Cut Above, Pola Cipta, Maveriq Studios, MyTeksi, Makespace, AFO Radio, Astro Vinmeen HD (V Buzz), Astro H! Live, Capri Communications, Fearless Ideas & Designs dan Garang Pictures.
Untuk senarai penuh keputusan dan maklumat lanjut mengenai Anugerah Seni BOH Cameronian, boleh ikuti kami di @kakiseniTweets ataupun laman sesawang awards.kakiseni.com dan Facebook fb.com/mykakiseni serta hashtag #12BCAA.
Media Statement
Mon Apr 27 2015
Pelakon Nadia Aqilah mencipta sejarah tersendiri di Anugerah Seni BOH Cameronian yang berlangsung malam tadi di Sunway, Petaling Jaya.
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
MerdekaKU: Visi Tiara lahir generasi seni berketrampilan
Enfiniti Academy telah melahirkan lebih 7,000 graduan dan ia merupakan satu kejayaan besar bagi sebuah akademi seni seusianya.
OlaBola The Musical ungguli Anugerah Seni Boh Cameronian ke 16
Arahan pertama Puan Sri Tiara Jacquelina itu membolot lapan anugerah, termasuk anugerah utama, Best of 2018.
Teater muzikal Empress Wu menang besar
'Empress Wu' arahan Pun Kai Loon mengungguli enam dari 15 pencalonan di Anugerah Seni Boh Cameronian ke-10.