Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL) bakal memukau penonton dengan kemewahan alunan muzik menerusi projek seni terbesar mereka bagi tahun 2016 iaitu Konsert Mega Sekolah pada November depan.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SSeMKL, Muhamad Fauzi Mohamed berkata konsert selama dua jam itu bakal menyediakan peluang bagi pelajar sekolah seni untuk menonjolkan bakat melalui persembahan pop orkestra, kumpulan akustik, kumpulan gendang, seni tari, seni lukis dan teater.
"Konsert julung kali diadakan ini turut membariskan penyanyi dan pemuzik terkenal seperti Datuk Zainalabidin Mohamad, yang menyuarakan hasrat untuk membantu dan ahli genderang terkenal Steve Thorton.
"Konsert ini juga merupakan yang terbesar pernah diadakan oleh sekolah ini, yang melibatkan kesemua 151 pelajar sekolah," tambahnya.
Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Kempen Mengumpul Dana dan Konsert Mega Sekolah SSeMKL, di The Square, Publika Solaris Dutamas, di sini.
Pada majlis pelancaran itu, beberapa persembahan terbuka turut diadakan oleh pelajar sekolah berkenaan yang memperlihatkan keupayaan mereka memainkan pelbagai jenis genre muzik secara langsung, seperti pop orkestra, koir dan akustik.
Bagi orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan dana bagi menjayakan konsert ini, boleh menghubungi Fauzi (019-5532553); Naib Yang Dipertua PIBG, Shariza Yob (016-9264020); dan Pengurus Projek, Faridah Abdullah (014-3622392).
SSemKL ialah sebuah Sekolah Berasrama Penuh khusus untuk membangunkan potensi dan bakat kesenian murid.
Ia merupakan sebuah institusi pendidikan di Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Penddikan Malaysia.
Mariah Ahmad
Thu May 26 2016
Pada majlis pelancaran itu, beberapa persembahan terbuka turut diadakan oleh pelajar sekolah berkenaan yang memperlihatkan keupayaan mereka memainkan pelbagai jenis genre muzik secara langsung, seperti pop orkestra dan akustik. - Foto Astro AWANI
Selepas hampir sebulan, jasad pemain badminton China masih disimpan di hospital Yogyakarta
Sudah masuk 24 hari jasad atlet China yang mengalami masalah jantung terhenti itu tersimpan di Hospital RSUP Dr Sardjito, Sleman, Yogyakarta.
Polis tahan pengasuh disyaki dera, abai bayi sehingga patah paha
Polis menahan seorang pengasuh wanita disyaki melakukan penderaan dan pengabaian bayi di rumahnya di Bandar Dato’ Onn di Johor Bahru, Isnin lepas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM ajak rakyat Malaysia doakan kejayaan kontinjen negara di Sukan Olimpik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia menzahirkan sokongan padu buat kontinjen negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Identiti mayat terapung di Sungai Jertih dikenal pasti
Polis berkata pengecaman telah dilakukan ahli keluarga mangsa di Unit Forensik Hospital Besut.
Polis tahan pengasuh disyaki dera, abai bayi sehingga patah paha
Polis menahan seorang pengasuh wanita disyaki melakukan penderaan dan pengabaian bayi di kediamannya di Bandar Dato' Onn, Isnin lepas.
Konsert 'Divas & Diamonds' bariskan artis Malaysia, Indonesia
Inisiatif konsert itu antara lain sebagai platform untuk mempromosikan Johor sebagai destinasi pelancongan terkemuka.
AWANI Ringkas: Perundangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan remaja perempuan berusia 17 tahun dikenali Nurul Aishah Farhana Azni yang dilaporkan hilang sejak semalam.
Murid sekolah seni pukau penonton dengan kemewahan alunan muzik
SSemKL adalah sebuah Sekolah Berasrama Penuh, khusus untuk membangunkan potensi dan bakat kesenian murid.