Kesukaran menjadikan teater sebagai kerjaya sepenuh masa bukanlah satu isu baru. Ramai yang melihat menjana pendapatan bagi kerjaya tersebut tidak menentu.

Namun, melalui kerjasama Enfiniti Vision Media dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuka lembaran baru kepada dunia teater tanahair.

Pementasan teater muzikal MUD Kuala Lumpur dilihat telah membuka lembaran baru kerana pelakon dan krunya memperolehi gaji bulanan.

Menurut penerbit dan pengarah MUDKL Puan Seri Tiara Jacquelina, langkah yang telah diambil sejak setahun yang lalu menjadikan projek ini bukan sahaja sebagai produk pelancongan terbaru negara tetapi turut mengangkat taraf pelakon teater serta kru belakang tabir ke satu tahap profesional.

Memegang rekod sebagai teater paling lama dipentaskan, MUDKL mempunyai 18 orang pelakon pentas dan 32 kru belakang tabir.

Menurut pelakon utamanya, Anding Indrawani yang sudah setahun bersama MUDKL, inisiatif begini, sebagai pelakon teater dia dapat menghela nafas lega.


Laporan penuhnya di sini
Sementara itu, pengamal teater seperti Tuan Faisal Azmy dan Megat Sharizal mahu agar usaha begini diteruskan dalam mengangkat martabat teater ke tahap industri seperti yang telah dilakukan Singapura.

Setakat Julai tahun ini, MUD KL telah ditontoni hampir 50,000 pengunjung dan turut memperolehi lima bintang dari portal pelancongan antarabangsa, Trip Advisor, sekaligus mengharumkan nama negara.