Menerusi entri di Instagram miliknya, Ifa berkongsi sebuah video di perkarangan tempat menunggu serta melahirkan rasa syukur kerana ibu mertuanya memberi respon yang positif.
"Alhamdulillah keadaan kesihatan mak mertua Ifa semakin positif.
"Mudah-mudahan mak mertua Ifa sedar dari koma. Terima kasih yang datang melawat dan yang mendoakan kesejahteraan mak mertua Ifa."
"Sesiapa yang mengenali ibu mertua Ifa, Khizan Zain, beliau sekarang masih kritikal di Wad ICU HKL.
"Ifa sekeluarga memohon doa-doa anda semua semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusannya. Amin," tulis Ifa.
Rata-rata peminat Ifa meninggalkan komen yang mendoakan supaya ibu mertuanya kembali pulih selepas menerima rawatan.
Namun, Ifa tidak mendedahkan punca sebenar ibu mertuanya dimasukkan ke hospital.