Seperti yang diberitahu sebelum ini, Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) bakal menyuntik kelainan kepada para peminatnya tahun ini.
Antaranya, MLM 2014 bakal menyaksikan gabungan mantap Yus dan Tauke dari kumpulan 'Jambu' berpadu tenaga dengan Zizan yang merupakan ahli kumpulan 'Jozan', untuk membentuk satu pasukan dengan nama 'Virus'.
Tauke ketika ditemui pada majlis sidang media MLM 2014 di Hotel Le Meridien pada Selasa memberitahu nama Virus telah dipilih oleh mereka bertiga.
"Kami memilih nama Virus kerana tidak mahu nampak slapstik. Kalau boleh nama biarlah persembahan kami garang segarang nama yang kami pilih.
"Pada awalnya kami mahu letak nama 'JambuZ' kerana gabungan Jambu dan Zizan tetapi selepas difikirkan semula mengapa tidak kami wujudkan satu kumpulan baru yang lebih 'fresh'," katanya.
Tauke atau Zamatul Amri berkata, Virus akan cuba memberikan persembahan yang terbaik dengan idea lebih segar kali ini.
"Rasanya ramai menyedari lawak kumpulan Jambu dengan Jozan berbeza, jadi kami telah berbincang untuk mencipta satu kelainan dengan mengabungkan kedua-duanya.
"Keserasian di antara kami pula memang sudah lama wujud kerana kami dah lama kenal dan agak rapat," ujarnya.
Apabila ditanya mengenai pemilihan Zizan kerana mahu menumpang populariti pelawak itu, Tauke tidak menafikan.
"Sebenarnya sejak dari dulu lagi Jambu menumpang populariti pelawak-pelawak lain. Dulu masa mula-mula menyertai pertandingan ini orang tak kenal pun Jambu.
"Tetapi disebabkan penonton mahu menonton pelawak-pelawak popular seperti Jozan, Nabil, Boboy dalam program ini secara tak langsung orang kenal Jambu. Kerana merekalah orang kenal Jambu," katanya.
Tambah Tauke, dia dan Yus gembira kerana Zizan menerima pelawaan mereka untuk menyertai MLM 2014.
"Dua bulan juga menanti jawapan dari Zizan. Kami gembira kerana Zizan terima tawaran kami. Kami rindukan kehadiran Zizan dalam MLM, sebab itu kami ambil keputusan untuk melamar Zizan," katanya mengakhiri perbualan.
MLM 2014 masih mengekalkan pengacara berkalibernya, Datuk AC Mizal.
Di bawah senarai lengkap nama peserta yang bakal berentap untuk memenangi wang tunai RM500,000.
Senarai Perserta Fast Lane (Layak Secara Automatik):
1. Sepahtu – Jep, Shuib & Ilya
2. Shiro – Ajak & Shahrol
3. Bocey – Acey, Abam & Fad
4. Virus – Tauke, Yus & Zizan
5. Nabil
6. Comey – Suhaimi & Rophie
7. SYJ – Jihan Muse, Shuk & Yassin
8. Jalor – Along, Rahim & Joey
9. Sayot – Zam Jr (Skool Of Lawak), Filzah (Skool Of Lawak), One (Skool Of Lawak)
10. Kepoh – Izu, Pian & Kamal
Selain 10 peserta di atas, terdapat 16 peserta lagi terpaksa bersaing dalam pusingan 'Hot Seat' (Kerusi Panas) untuk melayakkan mereka bersaing bersama peserta 'Fast Lane'.
Hot Seat bakal diadakan pada 31 Oktober dan 7 November ini pada pukul 10 malam di saluran Astro Warna.
16 peserta ini perlu merebut empat tempat untuk melengkapkan 14 Finalis MLM 2014:
1. Ekzos – Jon LNJ, Raja Azri & Lie (Kumpulan Cuit)
2. Mamu – Ajo & Abu
3. Sakan – Jelut, Ash & Pakku
4. Samurai – Arin, Man (Raja Lawak) & Acong
5. Cak – Azmir & Ikhtiaruddin
6. Spark – Mail, Yus & Azmi (Kumpulan Ketampi)
7. Qtaro – Munir, Chot & Syed Ali
8. Token – Radhi OAG, Wira (Kumpulan Wili), Ezad Lazim
9. Chilok – Chiwan, Achok, Wan Lopez
10. Badboy – Aboy & Bard
11. Zero – Sahrif, Syaiful & Sharif
12. Glory – Aziz Kota, Elly & Sathia
13. Shake – Amirullah, Bell Ngasri & Haszmi
14. Gap2 – Azlan, Rohaizat, CT Chubby
15. JBOND – Che Mat & Pak Cu
16. Wala – Lopz & Wan
Gempak
Wed Oct 22 2014
![MLM 2014: Tauke, Yus, Zizan bergabung jadi 'Virus' MLM 2014: Tauke, Yus, Zizan bergabung jadi 'Virus'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/41413965661_295x200.jpg)
Tauke memberitahu nama 'Virus' telah dipilih oleh mereka bertiga. - Foto Astro Gempak
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![Jenazah Yus Jambu selamat dikebumikan Jenazah Yus Jambu selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.astrogempak.com.my/Portals/2/0. artis tempatan/tauke/Pak Yus Selamat Dikebumikan.jpg)
Jenazah Yus Jambu selamat dikebumikan
Jenazah pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nesam pukul 2.30 petang tadi.
![Pak Yus, kami akan sentiasa merinduimu Pak Yus, kami akan sentiasa merinduimu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81448842634_YusJambu.jpg)
Pak Yus, kami akan sentiasa merinduimu
Peminat komedi tanah air pastinya akan merindui lawak Pak Yus yang semestinya sukar dicari.
![Belasungkawa: 10 perkara tentang Yus Jambu Belasungkawa: 10 perkara tentang Yus Jambu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81448847135_YusJambu.jpg)
Belasungkawa: 10 perkara tentang Yus Jambu
Bakat Yussry Edo mula mendapat perhatian apabila menyertai pertandingan Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007, seterusnya dinobatkan sebagai juara.
![Pemergian Yus Jambu, rakan artis kongsi kesedihan Pemergian Yus Jambu, rakan artis kongsi kesedihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81448842634_YusJambu.jpg)
Pemergian Yus Jambu, rakan artis kongsi kesedihan
Peminat dan rakan artis membanjiri laman sosial untuk mengucapkan takziah atas pemergian Yus yang disifatkan sebagai artis serba boleh itu.
![MLM 2014: Tauke, Yus, Zizan bergabung jadi 'Virus' MLM 2014: Tauke, Yus, Zizan bergabung jadi 'Virus'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/41413965661_295x200.jpg)
MLM 2014: Tauke, Yus, Zizan bergabung jadi 'Virus'
MLM 2014 bakal menyaksikan gabungan mantap Yus, Tauke dan Zizan membentuk satu pasukan dengan nama Virus.
![Yus Jambu bakal kahwin hujung tahun ini Yus Jambu bakal kahwin hujung tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/61397555053_295x200.jpg)
Yus Jambu bakal kahwin hujung tahun ini
Pelawak terkenal yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Jambu, Yus atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus bakal berkahwin dengan seorang model sambilan pada hujung tahun ini.
![Siapa juara Maharaja Lawak Mega 2013? Siapa juara Maharaja Lawak Mega 2013?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/41391246376_295x200.jpg)
Siapa juara "Maharaja Lawak Mega 2013"?
Jawapannya hanya diketahui malam ini selepas pentas akhir malam 2013 berakhir di Stadium Melawati Shah Alam.
![Tiada penyingkiran ikut format yang disediakan Tiada penyingkiran ikut format yang disediakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/41391247427_295x200.jpg)
Tiada penyingkiran ikut format yang disediakan
Shiro, Bocey, Jambu, Nabil dan Sepahtu akan bersaing merebut gelaran juara dalam gelanggang akhir di Shah Alam, minggu depan.
![Persiapan menjelang kemuncak Maharaja Lawak Mega Persiapan menjelang kemuncak Maharaja Lawak Mega](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/61358427243_295x200.jpg)
Persiapan menjelang kemuncak Maharaja Lawak Mega
Astro sediakan layar besar di luar dewan sebagai persiapan menerima kebanjiran peminat di kemuncak Maharaja Lawak Mega 2012.