Pihak Astro menyediakan layar besar di luar dewan sebagai persiapan menerima kebanjiran peminat di pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2012 yang bakal berlangsung di Johor Bahru malam esok.

Sebanyak empat ribu tiket dikeluarkan Astro untuk persembahan yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru esok.

Langkah untuk menyediakan layar besar diambil berdasarkan permintaan peminat yang khuatir tidak berpeluang mendapatkan tiket.

Peminat boleh mendapatkan pas masuk di lokasi bermula pukul 10 pagi. Lima kumpulan berentap di pusingan akhir bagi merebut gelaran juara iaitu Jozan, Boboi, Shiro, Say Who dan Jambu.