Penyanyi Misha Omar, 32, hari ini sah bergelar isteri kepada juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32, dengan hanya sekali lafaz.
Majlis akad nikah yang disempurnakan oleh abang Misha, Mohd, Rose Omar dan disaksikan oleh Imam Mukim Chempaka iaitu Ahmad Kamil Mat itu berlangsung di Hotel Renaisance di sini, kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.
Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas dan tiada wang hantaran disediakan.
Dalam pada itu, Misha dan Firos ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah berkata, mereka bersyukur dan gembira kerana telah selamat disatukan sebagai suami isteri dan berharap semua peminat mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke akhir hayat.
Katanya beliau memilih tarikh ini bagi mendapatkan keberkatan sempena awal bulan Rejab.
Bagi suaminya, Firos, beliau mengharapkan dengan pernikahan ini menutup segala gosip terhadap mereka berdua dan Misha khasnya.
Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung dalam suasana santai dan berjalan dengan baik.
Ketika di tanya perancangan berbulan madu, pasangan ini menjelaskan ianya belum dimuktamadkan lagi namun ada merancang untuk ke Eropah bagi berbulan madu.
Misha pula menjelaskan, beliau hanya akan bercuti seminggu dan akan kembali ke arena seni selepas ini manakala suaminya akan menyambung tugas.
Mereka memaklumkan cuti mereka amat terhad dan mempunyai tugasan masing-masing selepas ini.
Mengenai hantaran yang hanya dua utas gelang mas, Misha menjelaskan itu adalah permintaannya dan beliau tidak mahu wang tunai.
Astro Awani
Fri May 02 2014

Misha Omar kelihatan gembira setelah sah bergelar isteri.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Misha Omar sah bergelar isteri kepada Firos Ezzwan
Sekitar jam 9.30 pagi tadi, Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah Omar sah bergelar isteri kepada Firos Ezzwan.

Misha tidak mahu wang tunai, barang berjenama sebagai hantaran
Penyanyi yang popular menerusi lagu 'Bunga Bunga Cinta' menetapkan syarat untuk tidak diberikan wang tunai atau barangan berjenama sebagai hantaran.