Menurut Mila, penyiaran lagu di stesen radio bukan matlamat utama dia menghasilkan single berkenaan.
Sebaliknya, Adam & Hawa yang diciptakannya itu khusus ditujukan buat suaminya, Isz Mustapha selain mengharapkan wanita lain yang bergelar isteri tuut memahami mesej di sebaliknya.
"Saya tak kisah pun radio nak main atau tak lagu ni...sebab apa? Sebab itu bukan matlamat utama saya.
"Lagu Adam & Hawa ini sangat istimewa bagi saya kerana saya produce untuk suami @isz_mustapha dan untuk isteri-isteri lain di luar sana agar mereka dapat dedikasikan buat suami tercinta mereka.
"Selami liriknya, para suami akan mengerti maksudnya, sebab tu jika bukan rezeki saya untuk lagu ini nak ke udara di radio, tak apa, YouTube kan ada," kata Mila dalam entri Instagram peribadinya.
Mila yang turut berkongsi sedutan muzik video lagu Adam & Hawa di laman sosial itu turut mendapat pujian daripada peminat-peminatnya.
"Jadi para isteri sekalian, sebelum tidur, cuba click link di profile atau search "ADAM & HAWA - MILA JIRIN di YouTube lepas tu jangan lupa share pada En Suami di Whatsapp atau Facebook ok, alaaa sweetnya!
"Untuk bakal suami isteri, why not, send la," tambah Mila lagi.