PENYANYI dan pelakon Sharul Kamal menarik perhatian peminat selepas mengalunkan azan di sebuah masjid di Mesir.

Difahamkan Sharul berada di Mesir sejak minggu lalu untuk menjalani penggambaran musim terbaru sebuah program travelogue.

Sedutan video azan yang dialunkan Shahrul itu dimuat naik menerusi akaun Instagram peribadi miliknya pada Jumaat.

Menurut Sharul, dia berasa gementar sebaik sahaja bilal masjid berkenaan memintanya untuk mengalunkan azan penuh.

“Tadi aku ziarah makam Sultan Al-Muayyad (sebelah tu). Aku saja test azan sebab shooting dan kawasan ni memang tempat bilal dulu-dulu azan, sekali bilal masjid ni suruh aku azan sampai habis. Menggeletar weh,” tulisnya.

Ramai yang marah sebab tak post full, okay ni full video aku azan. Ni first time aku azan full style bilal dekat mekkah. Alhamdulillah dapat hbiskan atas permintaan bilal Masjid Sultan Muayyad. @rnr_officialpage @sffofficial_



Ternyata sebaik sahaja peminat mendengar alunan tersebut, rata-ratanya memuji suara Sharul yang begitu merdu melaungkan azan.

Tidak kurang juga ada yang berasa sebak dan syahdu selepas mendengar laungan azan itu.

“SubhanaAllah… Sebak gila dengar kau azan kat situ dengan merdunya. Terima kasih share video ni #respect,” tulis @mrszhue

“Fuh… Meremang bulu roma dengar kau azan,” komen @muhamad_hadri.

Sedikit info, Sharul atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Amin Kamarozamanmerupakan bekas bintang Akademi Fantasia 2915.

Selain menyanyi, Sharul juga mempunyai bakat dalam bidang lakonan dan pengacaraan.