Sebaliknya, misi utama orang-orang kuat di belakang tadbir adalah berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan keseimbangan antara seni dan nilai komersial.
Naib Presiden Astro Shaw, Gayatri Su-Lin Pillai semasa menjadi tetamu dalam program bual bicara Agenda AWANI berkata, mereka sentiasa cuba untuk mewujudkan kedua-dua elemen ini dalam setiap filem yang diterbitkan oleh Astro Shaw.
Namun, kadang-kadang filem tersebut tidak berjaya mendapat tempat di hati penonton walaupun karya tersebut memenuhi kedua-dua elemen tersebut.
Kejayaan The Journey memang tidak disangka-sangka kerana menurut Gayatri, seluruh pasukan produksi hanya mahu menceritakan kisah kehidupan rakyat Malaysia dan tidak menjangka ia akan meletup di pawagam.
Klik video untuk mengikuti temubual bersama Gayatri.
Sementara itu, Pengarah filem The Journey, Chiu Keng Guan pula menyifatkan perkara yang kecil boleh menimbulkan satu perasaan yang akan dapat meninggalkan kesan terhadap penonton.
Filem yang meliputi elemen kekeluargaan ini juga katanya adalah seimbang antara peranan seorang bapa dan anaknya dimana watak-watak ini juga bukanlah dilakonkan oleh pelakon yang profesional.
Ini menurutnya bagi membawa penonton rasa lebih dekat dengan jalan cerita The Journey ini.
Klik video untuk mengikuti temubual bersama Chiu Keng Guan.