Selepas syarikat Hollywood francais Marvel memberi kenyataan rasmi bahawa mereka akan mengambil tindakan disiplin ke atas pelukis komik Indonesia, Ardian Syaf berhubung kontroversi komik X-Men Gold #1, pelukis tersebut terus mengumumkan kontraknya dengan syarikat Hollywood francais Marvel telah tamat.
“Kerjaya saya telah tamat. Ini adalah akibat daripada tindakan saya. Saya akan bertanggungjawab dengan apa yang saya lakukan.
“Tolong hentikan ejekan, tohmahan dan debat. Hentikan kebencian.
“Saya harap semua boleh bertenang,” katanya menerusi Facebook peribadinya.
Dalam kenyataan yang sama, Ardian memberi penjelasan maksud sebenar nombor 212 dan QS 5:51 yang tertera di dalam komik tersebut.
Katanya, ia adalah nombor keadilan.
“Ia adalah nombor cinta. Cinta saya kepada kitab suci al-Quran, kepada rasul terakhir saya dan cinta kepada Tuhan yang satu, Allah.
“Saya memohon maaf atas segala kesulitan ini. Selamat tinggal, semoga Tuhan merahmati anda semua. Saya sayang anda semua,” tambah beliau.
Status Facebook tersebut turut mendapat reaksi daripada netizen. Ada yang meluahkan rasa lega dengan berita tersebut ada juga yang memberikan sokongan kepada pelukis tersebut, dengan berkata kerjayanya belum berakhir.
Beberapa pelukis komik profesional turut berkongsikan pendapat mereka.
Pelukis dan penulis Aji Prasetyo menerusi Facebooknya berkata: “Saya menulis dan melukis jalan cerita untuk komik saya, namun Ardian melukis untuk klien.
“Keputusannya untuk menambah simbol yang menunjukkan isu surah Al-Maidah dan perhimpunan 212 sememangnya bertentangan dengan ideologi syarikat komik Amerika."
Namun Aji memberi nasihat kepada Ardian supaya meneruskan minatnya dengan menjadi pelukis komik bebas.
Astro Awani
Wed Apr 12 2017
Penulis menyifatkan nombor 212 dan QS 5:51 dalam komik X-Men Gold #1 melambangkan cintanya kepada nabi Muhammad SAW dan Allah. - Foto Marvel Comics
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Marvel tamatkan kontrak pelukis Indonesia sembunyi mesej agama dalam komik
Penulis menyifatkan nombor 212 dan QS 5:51 dalam komik X-Men Gold #1 melambangkan cintanya kepada nabi Muhammad SAW dan Allah.