Bekas vokalis kumpulan Exist, Mamat didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah jenis methamphetamine, Mac lepas.
Majistret Noor Farah Hazwani Othman turut memerintahkan Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 36, dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Mahkamah juga memerintahkan Mamat yang memakai pakaian penjara berwarna merah menjalani tempoh pengawasan polis selama tiga tahun.
Dia didakwa mengambil dadah itu di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, di sini pukul 11 malam pada 26 Mac lepas.
Penyanyi itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 Akta yang sama, membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, dan pengawasan polis tidak melebihi tiga tahun.
Peguam Fadlyzil Ikram Norzailan Shah yang mewakili Mamat memberitahu media bahawa adik angkat Mamat dari Singapura telah membayar denda itu.
Mamat sedang menjalani hukuman penjara selama lapan bulan di Penjara Bentong atas kesalahan sama selepas gagal membayar denda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Raub pada April lepas.
Ketika rayuan, Fadlyzil Ikram memohon hukuman denda paling ringan atas alasan tertuduh mempunyai masa depan dalam bidang nyanyian.
"Anak guam saya telah berjanji untuk tidak mengulangi kesilapannya dan tidak mahu mensia-siakan bakat nyanyian yang ada padanya," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurakmal Farhan Aziz pula memohon hukuman lebih berat atas alasan tertuduh dikenali ramai dan mempunyai peminat yang mengikuti perkembangan hidupnya.
"Sebagai 'public figure' (orang terkenal) sepatutnya menjadi contoh (role model) kepada pengikut dan peminatnya dan bukan sebaliknya. Tertuduh juga mempunyai satu rekod sabitan lampau atas kesalahan yang sama," katanya.
Bernama
Tue Jun 30 2015

Majistret Noor Farah Hazwani Othman turut memerintahkan Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 36, dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Saya mohon maaf, saya akui kesalahan - Mamat Exists
Jelas Mamat, apa yang berlaku adalah satu yang amat mendukacitakan bagi semua terutamanya ahli kumpulan Exists.

Indonesia juara Kejohanan Badminton Astro Junior 2018
Persiapan rapi selama dua bulan membuahkan hasil kepada kelab badminton Exist dari Indonesia yang berjaya memenangi perlawanan akhir Kejohanan Badminton Astro Junior (AJC) 2018.

Mamat Exist didenda RM4,000 kerana ambil dadah
Bekas vokalis kumpulan Exist, Mamat didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah jenis methamphetamine, Mac lepas.

Bekas vokalis Exist, Ezad mengaku tidak bersalah miliki syabu
Ezad atau Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, 35, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang terhadap pertuduhan memiliki syabu.

Penyanyi kumpulan pop rock ditahan reman dalam kes dadah
Artis yang dilaporkan sebagai bekas penyanyi kumpulan Exist itu ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Penyanyi kumpulan pop rock ditahan polis kerana positif dadah syabu
Penyanyi kumpulan pop rock,34 tahun, ditahan berhampiran Kompleks Selayang Mall kira-kira pukul 1.30 tengah hari.