Hebat dan mempunyai aura tersendiri. Itu gambaran paling tepat bagi menyingkap 20 tahun penglibatan Dayang Nurfaizah dalam industri muzik menerusi konsert Dayang Dua Dekad yang berlangsung di The Theatre MediaCorp di sini pada 28 Disember lalu.
Dalam konsert berkenaan, Dayang tampil dengan persembahan lebih bersifat ‘up close & personal’, tanpa menggunakan teknologi kesan khas mahupun gimik selain pentas hanya dihiasi sinaran lampu dan layar elektronik.
Diiringi 13 pemuzik dan penyanyi latar, Dayang membawa peminat menelusuri dan menyingkap nostalgia kerjaya muziknya selama dua dekad.
Sepanjang dua jam setengah persembahan, penonton bukan sahaja terpukau dengan alunan gemersik suara emas penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini, tetapi turut terhibur dengan gurau senda bersahaja Dayang di atas pentas.
Membuka pentas dengan lagu Tak Pernah Menyerah, penyanyi berusia 38 tahun ini mendendangkan 18 buah lagu di hadapan 1,500 peminat.
Keanggunan vokal Dayang terserlah ketika mendendangkan lagu yang membuatkan dia diminati sejak awal kemunculan dalam industri muzik seperti Seandainya Masih Ada Cinta, Erti Hidup, Mana Mungkin dan Sedingin Mana Cintamu.
Menurut Dayang, lagu yang mahu didengar peminat di Kota Singa jauh berbeza dengan peminat di Malaysia.
Justeru, bagi memenuhi kehendak peminat, istimewa malam tersebut di Singapura, Dayang turut menyanyikan Langit Cinta.
Teater MES Mediacorp bergema dengan sorakan peminat apabila Dayang membawa Hael Husaini ke atas pentas untuk berduet mendendangkan lagu Hari Ini dan seterusnya Haram.
Dayang yang tampil elegan dalam tiga persalinan rekaan Datuk Rizalman Ibrahim melengkapkan seleksi lagu persembahannya apabila turut menyanyikan lagu Separuh Mati Ku Bercinta, Pejamkan Mata dan Sebentar sebelum mengakhiri dengan persembahan encore menerusi lagu Lelaki Teragung dan Dayang Sayang Kamu.
BACA: Tiket Konsert Dayang Dua Dekad habis terjual
Konsert Dayang Dua Dekad Singapura merupakan kesinambungan kepada konsert sama yang dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Julai tahun ini dan kemunculan kedua Dayang di Singapura selepas kejayaan konsert sulungnya di Esplanade Theatre pada Januari 2018.
BACA: Penangan Dayang Nurfaizah, Esplanade Singapura 'Full House' dibuatnya
Malik Ridhwan
Mon Dec 30 2019
Konsert Dayang Dua Dekad Singapura merupakan kesinambungan kepada konsert sama yang dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Julai tahun ini. - Gambar SHIRAZ PROJECTS
228.2 juta nilai dadah yang dihapus setakat Oktober 2024
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan nilai dadah yang dihapuskan setakat Oktober 2024 adalah sebanyak 228.2 juta ringgit.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula - Zaliha
Pelaksanaan dasar tempoh menduduki perlu mengambil kira pelbagai faktor untuk mengelakkan kesan negatif kepada penghuni tertentu.
Jumlah pengguna TNB sehingga hari ini seramai 10.4 juta - PETRA
Jelas Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir , daripada jumlah itu 8.5 juta pengguna domestik dan 1.9 juta pengguna bukan domestik yang terdiri komersial, perindustrian dan pertanian.
KEADAANBANJIR_WEB
Keadaan banjir di tiga negeri, Kelantan, Terengganu dan Johor tidak banyak perubahan setakat sembilan pagi ini.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 80 orang melibatkan 20 keluarga berbanding 76 mangsa malam tadi.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 80 orang melibatkan 20 keluarga berbanding 76 mangsa malam tadi.
MySalam: RM1.1 bilion dibayar, memanfaatkan 54,000 pesakit kritikal
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, MySalah pada asalnya dirancang untuk beroperasi lima tahun iaitu 2019 hingga 2023 dan telah dilanjutkan hingga 2025 .
Zoom dijenama semula sebagai syarikat perkhidmatan komunikasi AI
Penjenamaan semula ini adalah untuk orang ramai tidak lagi melabel Zoom sebagai syarikat yang menawarkan ciri panggilan video semata.
Saringan Minda Sihat mekanisme tangani gangguan emosi murid
Saringan Minda Sihat dilaksanakan setahun sekali kepada Tahun 5 hingga Tingkatan 6 bagi mengenal pasti murid yang mungkin mengalami masalah gangguan emosi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
NWICE 2024: Platform penting pengurusan sumber air mampan negara
NWICE 2024 menjadi platform dalam memangkin kepada pembangunan teknologi hijau dalam sektor air, selaras dengan agenda kelestarian negara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.
AWANI Ringkas: Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malam gemilang Dayang Nurfaizah di Singapura
Konsert Dayang Dua Dekad di Singapura pada 28 Disember lalu lakar sejarah gemilang buat Dayang Nurfaizah.