Aura Oscar berterusan dengan penganjuran majlis makan tengah hari bersama calon-calon anugerah.

Antaranya Denzel Washington, Jennifer Lawrence, Ang Lee, Huge Jackman dan Jessica Chastain.

Walaupun ketinggalan dalam pencalonan untuk lakonan dan arahan terbaik, Ben Affleck dicalonkan dalam filem terbaik untuk "Argo".

Lebih 160 calon anugerah menghadiri majlis makan tengah hari ini menjelang Anugerah Oscar ke-85 yang akan berlangsung pada 24 Februari nanti.